HARI-HARI (DULU & KINI)
:: Tentang Hari Ini Dan Sejarah ::

KADAR PAKEJ ASTRO NAIK MULAI HARI INI

‘‘KALAU mahal jangan tengok,’’ demikian kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Lim Keng Yaik sewaktu mengulas tindakan Astro menaikkan kadar langganan pakej-pakejnya secara serta-merta mulai 1 Jun 2007.

Bagi saya ini adalah satu kenyataan yang tidak wajar oleh seorang pemimpin kerajaan. Pelajar sekolah pun boleh memberikan reaksi sedemikian. Walhal sebagai menteri, Keng Yaik kena bersimpati dengan rakyat yang melanggani Astro.

Beliau sepatutnya meminta Astro mengkaji semula langkah menaikkan yuran bulanan atau membuat cadangan-cadangan baru.

Keng Yaik mesti peka bahawa kenaikan kadar langganan Astro adalah satu lagi faktor kenaikan kos belanja hidup seiring dengan kenaikan harga barang, tambang dan perkhidmatan harian.

Adakah beliau akan berkata, kalau beras mahal jangan makan nasi, makan roti canai pagi siang dan malam.

Orang ramai melanggani Astro kerana kelainannya. Saya sendiri meminati saluran-saluran berita seperti Al Jazeera, CCTV atau Bloomberg; saluran-saluran pengetahuan am seperti National Geographic dan Discovery serta sukan seperti Golf.

Saya kira jadual langganan baru Astro ini mengandungi sedikit ‘muslihat’ kerana RTM1 dan 2, TV3, 8, 9 dan ntv7 yang sememangnya percuma dimasukkan ke dalam ‘Pakej Keluarga’ juga dijadikan saluran berbayar.

Saya harap kerajaan akan mengarahkan Astro supaya menghapuskan sistem ‘pakej’ dan menggantikannya dengan kadar langganan setiap satu saluran yang disediakan termasuk RTM1 dan 2, TV3, 7, 8 dan 9 yang sememangnya percuma.

Umpamanya satu saluran dikenakan antara RM2, jadi saya yang hanya bersedia membayar RM20 sebulan akan memilih 10 saluran yang saya minat.

Selama ini pun pelanggan-pelanggan Astro hanya menonton tidak sampai 10 saluran sehari.

Kalau Astro kata ini tidak boleh dibuat kerana masalah-masalah teknikal maka janganlah dipercayai langsung kerana di zaman teknologi ini, tidak ada yang mustahil.

Kerajaan juga patut mengarahkan Astro berkongsi semua siaran langsung bola Liga Inggeris, Itali, Jerman, Sepanyol dan lain-lain dengan RTM. Astro dan RTM patut bekerjasama sewaktu perundingan mendapatkan siaran-siaran langsung.

Juga kalau RTM diberikan hak tayangan lewat atau delayed broadcast pun rakyat tidak akan merungut kerana siaran langsung acara-acara sukan lewat malam atau awal pagi pun bukan ramai yang tonton.

Jadi kalau setakat hendak membuat kenyataan semudah ‘kalau mahal jangan tengok’, baik Keng Yaik jadi pengerusi Astro, tidak perlu jadi menteri. -oleh SAAD HASHIM,ampang U.M

::Hari ini juga adalah hari kanak kanak antarabangsa, hari GAWAI di Sarawak , hari regimen askar wataniah dan hari ulang tahun TV3 ke 23.

Tiada Respons to “KADAR PAKEJ ASTRO NAIK MULAI HARI INI”

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: