HARI-HARI (DULU & KINI)
:: Tentang Hari Ini Dan Sejarah ::

HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA 2007

Tiap tahun pada 31 Mei semua warga bumi menjayakan Hari Tanpa Tembakau Sedunia.

Walaupun sejak empat (4) dekad yang lalu gejala-gejala merokok sudah diketahui umum, namun ramai di antara ahli masyarakat masih samar-samar tentang hakikat tersebut. Ini sebahagian besarnya adalah hasil daripada aktiviti-aktiviti industri tembakau yang begitu pesat menonjol keghairahan merokok sebagai satu gaya hidup yang berjaya dan sekaligus dapat menarik banyak langganan di kalangan orang dewasa dan kebelakangan ini anak-anak remaja serta golongan wanita. Akhirnya tabiat merokok menjadi satu perkara yang begitu lumrah di dalam masyarakat kita sehinggalah hari ini.

Sungguhpun dalam jangkamasa yang sama, berbagai bukti saintifik telah dapat dikumpulkan, tetapi ianya tidak tersebar luas untuk mengubah budaya merokok di kalangan masyarakat. Malah para penggubal dasar sendiri tidak menampakkan kesungguhan untuk bertindak mengurangkan tabiat merokok berasaskan kepada bukti-bukti tersebut. Akibatnya pada pertengahan abad ke-20 di negara-negara maju sahaja, produk-produk tembakau telah membunuh lebih daripada 60 juta manusia. Lebih ramai lagi nyawa terkorban jika diambilkira negara membangun yang lain termasuklah negara Malaysia.

(VIDEO)”terima kasih kerana tidak merokok”-PADAH MEROKOK DALAM TOILET

Kecenderungan ini diramalkan akan berterusan tanpa sebarang tindakan yang berkesan diambil. Adalah dianggarkan bahawa dalam masa tiga (3) dekad lagi lebih kurang 10 juta manusia akan mati setiap tahun akibat produk-produk tembakau dan 70% daripada kematian ini berlaku di negara-negara membangun. Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kematian yang sia-sia ini bolehlah dianggap sebagai satu keadaan kecemasan pada peringkat global dan ianya berkehendakkan kepada satu tindakan yang bukan sahaja berkesan tetapi pada kadar yang amat segera sekali.

Ini bermakna tidak seorang pun yang terkecuali dalam mengambil langkah untuk menghentikan budaya merokok ini di kalangan masyarakat. Gandingan bahu di antara individu, organisasi dan masyarakat umumnya amatlah diperlukan sekiranya hasrat untuk mencapai sebuah dunia yang bebas tembakau ingin dijayakan. Sayugia dinyatakan bahawa menangani masalah tembakau bukannya satu perkara yang mudah. Ini memandangkan bahawa industri tembakau itu sendiri mempunyai wang ringgit dan pengaruh yang amat besar kepada banyak kerajaan dan penggubal-penggubal dasar, khususnya di negara-negara membangun. Mereka membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk menaja dan mengiklankan barang-barang jenama tembakau secara terang-terangan dan cuba mendapat satu imej positif daripada aktiviti-aktiviti tersebut. Keadaan ini mengelirukan lagi fahaman umum tentang bahaya merokok. Oleh itu tidak hairanlah misalnya aktiviti sukan di negara ini masih ditaja oleh syarikat-syarikat tembakau dengan hasrat membentuk satu pengaruh bahawa merokok itu sealiran dengan aktiviti-aktiviti bersukan.

Kos akibat merokok kepada masyarakat adalah agak ketara dan memerlukan perhatian daripada semua sektor. Wabak tembakau semestinya merupakan satu masalah kesihatan, malah lebih daripada itu. Satu kajian oleh seorang pakar ekonomi Bank Dunia menganggarkan bahawa pengguna tembakau menyebabkan kerugian global sebanyak US 200 bilion (RM 500 bilion) setahun. Separuh daripada kerugian ini berlaku di negara-negara membangun. Kos ini meliputi perbelanjaan rawatan perubatan untuk penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tembakau secara langsung, ponteng kerja, kerugian akibat kebakaran, pengurangan produktiviti dan juga kehilangan pendapatan akibat daripada hilang upaya.

Terdapat juga kos-kos lain yang agak tinggi, walaupun ianya tidak dapat dipastikan dengan tepat. Namun pembaziran tetap nyata berlaku. Ini termasuklah penurunan kualiti hidup bukan sahaja bagi perokok dan mereka yang terbabit dengan asap rokok secara tidak langsung, tetapi juga kesengsaraan yang dirasakan oleh mereka-mereka yang kehilangan saudara mara dan sahabat handai yang dikasihi. Boleh dikatakan bahawa amat kecil sekali sektor masyarakat yang tidak terjejas akibat daripada tabiat merokok ini.

Sungguhpun begitu, bilangan negara di seluruh dunia yang boleh mengakui bahawa mereka benar-benar mengambil satu tindakan antara sektor dalam menggalakkan kesihatan tidaklah besar. Di sesetengah negara, tidak banyak komunikasi di antara Kementerian Kesihatan dan juga sektor-sektor lain. Meskipun begitu, Kementerian Kesihatan pastinya merupakan tunggak utama dalam menganjur dasar-dasar seperti cukai tembakau yang lebih tinggi dan seharusnya menggalakkan agensi-agensi lain untuk berwaspada tentang bahaya menerima pelaburan lumayan daripada syarikat-syarikat trans-nasional untuk mendapatkan pasaran baru. Parlimen pula perlu mendengar daripada semua pihak tentang pentingnya perundangan mengawal tembakau. Satu pimpinan yang jelas daripada beberapa orang Menteri Kanan boleh merupakan kerangka untuk tindakan antara sektor yang berkesan. Contohnya di Lithuania (sebuah negara yang baru sahaja merdeka dari Rusia dalam tahun 1990an), Kabinet sendiri mengistiharkan bahawa ianya bebas tembakau. Inisiatif seperti ini menghantar satu mesej yang penting tentang kawalan tembakau kepada Parlimen, media dan juga masyarakat awam.

Tindakan kerajaan dalam mengawal tembakau ternyata amat berbeza berbanding dengan tindakan mereka terhadap isu-isu seperti imunisasi. Sebahagian besar daripada belanjawan yang ada dijana hasil daripada merokok menunjukkan bahawa banyak kerajaan tidak mempunyai komitmen secukupnya untuk mengawal hasilan dan pemasaran tembakau melalui strategi berkesan yang sedia ada, contohnya cukai dan pengharaman pengiklanan. Sesetengah kerajaan mungkin tidak mempunyai inisiatif untuk mengawal penggunaan tembakau kerana mereka tidak dinasihati secukupnya tentang akibat buruk, baik daripada segi kesihatan mahupun pembangunan, dalam ekonomi mereka sendiri. Oleh itu, para penyokong kawalan tembakau mesti menentukan bahawa pegawai-pegawai kerajaan sentiasa dimaklumi dan dinasihati tentang dasar kawalan tembakau yang berkesan.

”Funny video commercial – Smoking can damage your health”

Tiada Respons to “HARI TANPA TEMBAKAU SEDUNIA 2007”

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: