HARI-HARI (DULU & KINI)
:: Tentang Hari Ini Dan Sejarah ::

SEMPENA CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN ORKID, CITRAWARNA DAN LUPUS

HARI INI PAMERAN ORKID ANTARABANGSA

Bila: 25 Mei-3 Jun
Masa: 10 pagi-10 malam
Tempat: Danga Bay, Johor Bahru

Pameran orkid terbesar di rantau ini menarik penyertaan 27 perwakilan daripada 20 negara termasuk negara-negara Asean, Jepun, China dan sejauh New Zealand, Australia, Afrika Selatan dan dari Eropah.

Sehingga 800 jenis orkid bakal dipamerkan di pameran ini yang bermula esok – bertepatan dengan reputasi Johor sebagai pengeluar orkid terbesar di Malaysia. Pameran ini dijangka menarik 300,000 ribu pengunjung.

ESOK PERLANCARAN CITRAWARNA (‘COLOURS OF MALAYSIA) 2007.  

Bila: 26 Mei-10 Jun
Masa: 8.30 malam
Tempat: Dataran Putrajaya 

Antara acara yang akan diadakan ialah perarakan kereta berhias, kebudayaan kaum dimalaysia dan pertunjukan bunga api. Ia akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Komplek membeli belah seperti Alamanda, Sg.Wang, Bukit Bintang Plaza, Suria KLCC, Midvalley, Central Market, Menara KL, Saloma Bistro dan Taman Warisan Pertanian Putrajaya akan juga mengadakan pesta makanan, persembahan budaya dan jualan kraft .

LUSA ‘WALK-A-PAYUNG , WALKATHON UNTUK PESAKIT LUPUS (SLE)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada 27 Mei 2007, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM), dengan kerjasama Pusat Perkhidmatan DUN Bukit Lanjan, akan menganjurkan acara “Walk-a-Payung”, di mana semua peserta akan membawa payung untuk mengingatkan orang ramai bahawa pesakit SLE perlu mengelak daripada terkena cahaya matahari yang berlebihan. 

Tujuan penganjuran “Walk-a-Payung” adalah untuk:

1.   Mengumpul dana bagi mengadakan forum awam dan forum doktor tentang SLE di seluruh negara, dan untuk penubuhan lebih banyak kumpulan sokongan SLE di seluruh
Malaysia .

2.   Memperingati Hari Lupus Sedunia 2007 (pada 10 Mei yang lalu)dan menyokong seruan seluruh dunia bagi penambahan dana di sektor awam mahupun di sektor swasta bagi kajian kesihatan mengenai SLE, serta program pendidikan bagi pakar kesihatan, pesakit SLE, dan juga orang awam. Tidak ketinggalan juga untuk mendapatkan pengiktirafan bahawa SLE adalah suatu isu kesihatan awam. Payung yang dibawa akan dicetak dengan logo Hari Lupus Sedunia 2007 dan semua peserta digalakkan memakai kemeja T berwarna merah atau hitam, iaitu warna-warna logo PSLEM.

3.      Dicatat dalam Buku Rekod Malaysia sebagai acara “Penyertaan Pejalan Kaki Membawa Payung yang Paling Ramai”.

Penaung acara “Walk-a-Payung”, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, YB Yong Dai Ying, akan melepaskan peserta pada jam 8.00 pagi di Dewan Serbaguna Bandar Utama di Jalan BU 3/1, Bandar Utama, Petaling Jaya. Acara separuh hari untuk keluarga ini juga akan membekalkan sarapan pagi, beg hadiah, ujian gula darah, ujian tekanan darah, indeks
massa badan, serta ujian kepadatan tulang, semuanya secara percuma. Kami juga menyediakan hadiah bagi pemenang Kuiz SLE, 10 orang yang berjaya mengutip derma terbanyak, dan juga Cabutan Bertuah.

Untuk menyertai acara “Walk-a-Payung” ini, sila dapatkan kad rasmi “Walk-a-Payung” dari PSLEM dan kutip derma sekurang-kurangnya RM50.00. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun (pada 27 Mei 2007) boleh menyertai acara ini bersama ibubapa mereka, tanpa kad “Walk-a-Payung”. Sila hubungi Persatuan SLE Malaysia di Tel: 03-79577672 atau e-mel: pslem@streamyx.com untuk mendapatkan kad “Walk-a-Payung” dan mulalah mengutip derma daripada keluarga dan rakan anda bagi tujuan kebajikan.

Apakah SLE?
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Sejarah
Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).
Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

Jenis-jenis Lupus
Discoid Lupus Erythematous (DLE)
* Hanya melibatkan kulit
* Jarang merebak ke organ lain

Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
* Boleh merebak ke organ lain
* Boleh mengakibatkan kematian

Statistik
Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
Ratio pengidap SLE:
Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang
Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang
Di negara China – 1 dalam 1,000 orang

Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.

‘Faces of Lupus’


Tiada Respons to “SEMPENA CUTI PENGGAL PERSEKOLAHAN ORKID, CITRAWARNA DAN LUPUS”

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: