HARI-HARI (DULU & KINI)
:: Tentang Hari Ini Dan Sejarah ::

HARI INI AIRASIA MEMETERAI MOA ANTARA SAE

     Go to fullsize imageImage

AIRASIA Bhd bakal menjimatkan sehingga 20 peratus kos penyelenggaraan pesawatnya setiap tahun dengan menggunakan perkhidmatan ditawarkan syarikat tempatan, Sepang Aircraft Engineering Sdn Bhd (SAE).
Ketua Eksekutifnya, Datuk Tony Fernandes, berkata penjimatan itu membolehkan AirAsia mengekalkan model perniagaannya yang amat mementingkan penjimatan kos bagi memastikan kadar tambangnya kekal murah.
“Dengan adanya perkhidmatan ditawarkan SAE, AirAsia tidak lagi perlu menghantar pesawat ke Singapura bagi tujuan penyelenggaraan.
“Ia akan memberikan penjimatan kos yang ketara kepada syarikat,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis memeterai Memorandum Persetujuan (MoA) antara SAE dan AirAsia bagi SAE menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawat (MRO) kepada AirAsia bermula Oktober ini.Pada majlis itu, Tony mewakili AirAsia, manakala SAE diwakili Ketua Eksekutifnya, Syed Budriz Putra.
Ia disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy.
Tony berkata, kira-kira 25 peratus daripada kos keseluruhan operasi AirAsia adalah bagi penyelenggaraan pesawat yang dianggarkan berjumlah kira-kira AS$40 juta setahun.
“Penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan SAE yang beroperasi di Sepang memudahkan AirAsia menghantar pesawat bagi penyelenggaraan berbanding sebelum ini apabila kami perlu menerbangkan pesawat ke Singapura bagi mendapatkan perkhidmatan MRO,” katanya.
Beliau berkata, langkah menggunakan perkhidmatan MRO disediakan syarikat tempatan itu juga akan mengembangkan lagi industri penerbangan negara, sekali gus membantu Malaysia muncul sebagai hab penerbangan serantau.
“Kami berbangga kerana dapat membantu syarikat tempatan bagi perkhidmatan MRO, kerana ia juga dapat membantu Malaysia meningkatkan potensinya menjadi pusat MRO terkemuka di rantau ini,” katanya.
Sementara itu, Syed Budriz berkata, kemudahan MRO milik SAE di tapak seluas 3.2 hektar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang itu sedang dalam pembinaan dan dijangka mula beroperasi 1 Oktober ini.
Beliau berkata, kemudahan bernilai RM60 juta itu akan mempunyai dua hangar yang dapat digunakan bagi tujuan penyelenggaraan pesawat berbadan lebar dan sempit dari jenis Boeing 737, 747 dan 777 serta Airbus A320 dan A330.
Beliau berkata, selain AirAsia, syarikat itu juga sedang dalam proses mendapatkan lebih banyak pelanggan di kalangan syarikat penerbangan tambang murah serantau dan dari India.
“Kami mensasarkan pelanggan di kalangan syarikat penerbangan tambang murah di rantau ini serta India yang banyak menggunakan pesawat jenis Airbus,” katanya.
Buat permulaan, katanya, SAE dijangka beroperasi dengan menggunakan khidmat 250 jurutera MRO tempatan dan luar negara.

 ‘virgin atlantic advert.’

Tiada Respons to “HARI INI AIRASIA MEMETERAI MOA ANTARA SAE”

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: