HARI-HARI (DULU & KINI)
:: Tentang Hari Ini Dan Sejarah ::

HARI INI ADA LEBIH 3 JUTA PEROKOK DI MALAYSIA

 (E-Buku Cara Berhenti Merokok)

             

 Walaupun pelbagai kempen dan peraturan antimerokok dilaksanakan, jumlah perokok di negara ini akan meningkat daripada 3.1 juta pada akhir tahun lalu kepada kira-kira 3.8 juta pada 2015 dan lebih empat juta menjelang 2020.

Malah, satu kaji selidik Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan baru-baru ini mendapati semakin ramai golongan muda, khususnya remaja terjebak ke dalam kancah ketagihan rokok.

Kajian itu mendapati, sehingga akhir tahun lalu, seorang daripada setiap dua lelaki dewasa di negara ini yang berusia antara 25 hingga 64 tahun adalah perokok. Kumpulan ini mewakili kira-kira 2.9 juta daripada 3.1 juta perokok di seluruh negara.

Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr Zainal Ariffin Omar, berkata walaupun pelbagai usaha membanteras tabiat buruk itu dilak- sanakan kerajaan, ia masih belum berkesan untuk membendung gejala merokok.

Beliau yang juga Ketua Pasukan Projek Kaji Selidik itu, berkata jumlah wanita yang merokok di negara ini turut membimbangkan iaitu 174,000 orang dengan 68,000 berumur antara 35 hingga 44 tahun, 45,000 (25 hingga 34 tahun), 24,000 (45 hingga 54 tahun) dan 37,000 (55 hingga 64 tahun).

Dari segi pecahan etnik, perokok di kalangan orang Melayu adalah paling tinggi dengan jumlahnya mencatat 1.77 juta atau hampir 50 peratus daripada mereka yang berumur antara 25 hingga 64 tahun.

Jumlah perokok di kalangan kaum Cina pula ialah 435,000 merangkumi 21.2 peratus keseluruhan komuniti dewasanya, manakala 183,000 perokok daripada kalangan kaum India (16.2 peratus).

‘JANGAN BUAT MACAM INI’

Tiada Respons to “HARI INI ADA LEBIH 3 JUTA PEROKOK DI MALAYSIA”

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: