HARI-HARI (DULU & KINI)
:: Tentang Hari Ini Dan Sejarah ::

HARI INI KONSERT AKHIR AF MUSIM KE 5

AF5 MILIK SIAPA?

SELAMA empat musim, takhta tertinggi Akademi Fantasia (AF) didominasi peserta lelaki dan tembok kukuh itu seakan tidak dapat dibolosi peserta wanita.
Bermula Vince, disusuli Zahid, Mawi dan Faizal, program realiti yang sentiasa diperdebatkan ini dilihat lebih berpihak kepada peserta lelaki.

Walaupun peserta wanita menunjukkan kesungguhan serta membuktikan bakat besar mereka, itu semua tidak memadai untuk meletakkan mereka lekat di hati peminat.

Empat musim AF berlangsung, pencapaian tertinggi yang pernah dicapai peserta wanita ialah pada musim kedua AF apabila Nurlinda Nanuwil atau Linda mengakhiri perjuangannya di tempat kedua.

Peserta wanita lain yang pernah menduduki tiga tempat teratas ialah Amylea dan Farhan yang menamatkan perjuangan mereka di tangga ketiga, masing-masing pada AF3 dan AF4.

Namun apakah tradisi yang sudah sinonim dengan AF itu akan berlarutan apabila AF musim kelima melabuhkan tirainya di Stadium Putra, Bukit Jalil, jam 9 malam ini?

Mampukah kubu kebal peserta lelaki berjaya dirobohkan peserta wanita malam ini? Antara Mila, Ebi, Aswad, Candy dan Heliza, siapa antara mereka yang akan menjejak keajaiban sekali gus memahat nama dalam direktori tertinggi AF5?

‘GAMBAR FINALIS’

‘VIDEO KLIP MILA AF5 – LAGU CINTA PURA PURA’

Walaubagaimanapun Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 19, disebut-sebut bakal muncul juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5).Jika ramalan itu tepat, Mila akan memecahkan tradisi program hiburan terbitan Astro itu sebagai juara wanita pertama AF selepas empat musim.

Juara AF5 akan menerima hadiah bernilai RM399, 777 termasuk sebuah kondominium di A’ Famosa, Melaka (RM278, 900), kereta Toyota Vios (RM84, 489), pakej percutian ke Gold Coast, Australia (RM6,3 88), Sijil Simpanan Premium (RM10, 000), wang tunai (RM20,000) dan trofi.

Pemenang tempat kedua akan menerima hadiah bernilai RM96,768 termasuk kereta Toyota Vios, pakej percutian ke Hong Kong, Sijil Simpanan Premium, wang tunai RM10,000 dan trofi. Nilai keseluruhan hadiah AF5 ialah RM520,009.

Mila mempunyai peluang besar untuk muncul juara kerana sepanjang sembilan konsert mingguan AF5 berlangsung, dia menampilkan persembahan konsisten walaupun sentiasa dalam kedudukan paling bawah setiap minggu.

Tambahan pula Mila dilihat antara pelajar yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dari masa ke masa selepas ditegur oleh pengkritik dan tenaga pengajar.

Walaupun dalam lapan konsert sebelum ini Mila menerima undian terendah namun pada konsert minggu lalu, undian kepada pelajar dari Pulau Pinang itu meningkat secara mendadak.

Mila yang bakal mendendangkan lagu Cinta Pura-Pura yang pernah dipopularkan oleh Ezlynn dan lagu baru Persis Mutiara ciptaan Ajai malam esok dikatakan akan bersaing hebat dengan Ebi Kornelis @ Firdaus Yamal, 23, dari Sabah

Ebi yang bakal mendendangkan lagu Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) yang dipopularkan oleh kumpulan Jinbara dan lagu baru ciptaan M.Nasir (Sinar Cinta) sebelum ini sentiasa mendapat kedudukan teratas berbanding pelajar lain.

Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat kehadiran Candy atau Candra Clement, 19, dari Sabah yang akan menyanyikan lagu Dedebu Cinta dan Demam ciptaan Edry Abd. Halim tidak boleh dipandang remeh.

Candy yang mempunyai suara tersendiri itu juga sering mendapat pujian daripada pengkritik sepanjang konsert mingguan berlangsung.

Seorang lagi pelajar yang tiba-tiba ‘meletup’ dan pernah menduduki tangga teratas ialah Aswad atau nama sebenarnya Muhammad Nur Aswad Jafar, 27.

Aswad yang berasal dari Pulau Pinang bakal mendendangkan lagu Mata Hati Jiwa nyanyian Awie dan lagu baru Bila Mati Cinta Terhenti ciptaan Razman Riza.

Konsert malam ini juga akan menyaksikan Pengacara Aznil Hj Nawawi mengacara AF kali terakhir.

p/s seluruh keluarga AFUNDI MILA

2 Respons to “HARI INI KONSERT AKHIR AF MUSIM KE 5”

  1. Mila Juara Akademi Fantasia 5

    Entri kali ini aku nak bercerita pasal dua perkara, iaitu pasal Juara Akademi Fantasia 5 dan juga pasal persaraan Aznil Haji Nawawi dalam Akademi Fantasia.
    Juara Akademi Fantasia
    Akademi Fantasi 5 kali ini telah memecah tradisi apabila juaranya adalah …

  2. KUALA LUMPUR: Seperti diramalkan media dan peminat sebelum ini, Norsyarmilla Jirin, 19, atau Mila memecah tradisi apabila menjadi penyanyi wanita pertama dinobatkan sebagai juara program TV realiti popular, Akademi Fantasia (AF) pada konsert akhir AF5 yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, malam tadi.

    Empat pelajar lain dilihat sukar untuk menandingi kemantapan vokal Mila sehingga membolehkannya menerima empat lampu biru daripada pengkritik terbabit setiap kali mengakhiri persembahan.

    Pelajar berasal dari Pulau Pinang itu menerima hadiah bernilai hampir RM400,000 termasuk sebuah kondominium di A’Famosa Resort, Melaka (RM278,900), Toyota Vios (RM84,489) sumbangan UMW Toyota Sdn Bhd, pakej percutian ke Gold Coast, Australia (RM6,388) sumbangan Power Root, sjil simpanan premium (RM10,000) sumbangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan wang tunai RM20,000 sumbangan Hot Link berserta trofi AF5.

    Naib juara Ebi Kornelis @ Firdaus Yaimal, 23, atau Ebi yang membawakan lagu Sinar Cinta (M Nasir/Loloq) dan Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) – Jinbara. Dia membawa pulang hadiah bernilai hampir RM100,000 iaitu Toyota Vios (RM77,080), pakej percutian ke Disneyland Hong Kong (RM2,688), sijil simpanan premium (RM7,000) dan wang tunai RM10,000 serta trofi.

    Tempat ketiga Muhammad Nur Aswad Jafar, 27, atau Aswad yang membawakan lagu Bila Nanti Cinta Terhenti (Razman Riza/Mukhlis Nor) dan Mata Hati Jiwa (Awie). Kejayaan itu membolehkannya membawa pulang hadiah bernilai lebih RM12,000, iaitu pakej percutian ke Disneyland Hong Kong (RM2,688), sijil simpanan premium (RM5,000) dan wang tunai RM5,000 serta trofi.

    Nur Heliza Helmi, 21, atau Heliza sekadar menduduki tempat keempat. Dia yang mendendangkan lagu Cinta Boneka (D-va) dan Cinta Di Lautan Lalang (Aidit Alfian/Loloq) membawa pulang hadiah bernilai hampir RM7,000 iaitu pakej percutian ke Bali, Indonesia (RM1,888), sijil simpanan premium (RM2,000) dan wang tunai RM3,000 serta trofi.

    Tempat kelima ialah Candra Clement atau Candy yang membawakan lagu Dedebu Cinta (Misha Omar) dan Demam (Edry Abdul Halim). Dia menerima hadiah bernilai hampir RM4,000 pakej percutian ke Bali (RM1,888), sijil simpanan premium (RM2,000) dan trofi AF5.

    Jumlah keseluruhan tajaan dan hadiah bagi AF5 bernilai lebih RM520,000.

    Semua hadiah disampaikan Pengetua dan Pengarah Muzik AF5, Roslan Aziz. Konsert akhir AF5 disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dan radio Era. -BERITA MINGGU


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: