HARI-HARI (DULU & KINI)
:: Tentang Hari Ini Dan Sejarah ::

SELAMAT HARI GURU

HARI INI KITA MENYAMBUT HARI GURU. GURU YANG TELAH MENGAJAR KITA DARI O KE Z. Kata bijak pandai, “guru yang baik adalah mereka yang menghidupkan harapan, menyemarakkan imaginasi dan menggalakkan keseronokan belajar.” Semoga semua guru akan terus menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak Malaysia bagi mewujudkan masyarakat yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

“Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan” -TEMA HARI GURU TAHUN INI

Lawan Web Rasmi Hari Guru

Selamat Hari Guru.

p/s ingin mengucapkan selamat hari guru kepada cikgu telah mengajar saya di SKJM, Bidor Perak

3 Respons to “SELAMAT HARI GURU”

  1. malam ini PM akan melancarkan HARI GURU peringkat kebangsaan di Johor Bahru dan siaran langsung di 8TV

  2. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malam tadi di Johor Bahru semasa Majlis Sambutan Hari Guru 2007 peringkat kebangsaan mengumumkan penubuhan Yayasan Guru Tun Hussein Onn dengan dana permulaan berjumlah RM300 juta khusus bagi menjaga kebajikan guru.

  3. ENAM TERIMA ANUGERAH GURU CEMERLANG 2007

    Beh Sai Kim, 51, anak bongsu daripada lapan beradik berasal dari Perak menerima anugerah Guru Cemerlang Kurang Upaya 2007.

    Walaupun cacat penglihatan beliau tidak pernah berputus asa dalam usaha mencari ilmu untuk mengejar cita-cita menjadi guru.

    Selain mengajar, Beh banyak menghabiskan masa dengan membraille buku cerita untuk dimanfaatkan murid yang juga cacat penglihatan. Tugas yang dibuat secara sukarela itu bertujuan memupuk semangat membaca di kalangan muridnya.

    Usaha beliau adalah untuk mengubah perspektif masyarakat yang menganggap golongan kurang upaya tidak bermotivasi untuk memajukan diri sendiri.

    Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah St Nicholas di Pulau Pinang dan pada peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Methodist dan kemudian ke tingkatan enam di SMK St John, Kuala lumpur.

    Kesungguhan Beh untuk menjadi pendidik itu terus mendapat sokongan apabila beliau mendapat tempat ke College of Advance Education Napean atau kini dikenali sebagai University of Western Sydney pada 1979 hingga 1981 sebelum berangkat ke Perkins School For The Blind, Massachusettes, Amerika Syarikat dalam bidang ‘Teaching For The Blind’ pada 1983.

    Sambutan Hari Guru tahun ini disambut dengan lebih bermakna oleh empat guru apabila jasa dan pengorbanan mereka diiktiraf. Seorang daripadanya diumumkan sebagai Tokoh Kepemimpinan dan tiga lagi dianugerahkan sebagai Tokoh Guru.

    Tokoh Kepemimpinan 2007 disandang Pengerusi Lembaga Pengarah Kumpulan Syarikat Guthrie, Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin yang juga bekas Ketua Pengarah Pelajaran.

    Wan Mohd Zahid, 67, mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Jering dan SK Assam Kumbang sebelum memasuki Sekolah King Edward VII, Taiping sebelum meneruskan pelajaran ke Tingkatan Enam, Sekolah Menengah (SM) Anderson, Ipoh.

    Mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Sosiologi dan Antropologi daripada Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Pembangunan Pendidikan daripada Universiti Stanford California dan Ijazah Doktor Falsafah, Sosiologi Pendidikan dari Universiti California Amerika Syarikat. Beliau pernah mengikuti mengikuti Program di Lanjutan Pengurusan di Harvard Business School.

    Tiga tokoh guru tahun ini disandang Timbalan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar, 67, Selangor; bekas Pengarah Pelajaran Terengganu, Datuk Muhamad Mustaffa, 62, dari Terengganu dan Gerald Lee Liong Ai, 63, dari Sarawak.

    Abdul Majid dilahirkan pada 25 November 1940 di Kampung Kuantan, Kuala Selangor mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Bukit Belimbing, Kuala Selangor (1949-1952).

    Semangat untuk terus maju ditunjukkan apabila beliau belajar sendiri bagi menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) (1966-1974). Pendidikan tinggi di Universiti Nasional Indonesia, Jakarta secara luar kampus (1975-1980).

    Muhamad yang juga penerima Anugerah Tokoh Guru Terengganu 2005 memulakan kerjaya sebagai guru penolong di SM Seberang Takir, Kuala Terengganu, 37 tahun lalu. Pendidikan awal di SK Paloh Kuala Terengganu sebelum ke SMK Sultan Sulaiman dan Sekolah Lelaki Methodist, Kuala Lumpur.

    Lee, 63, anak kelahiran Kuching Sarawak dengan mendapat pendidikan awal di SRB St Joseph Kuching dan SMB St Joseph Kuching sebelum melanjutkan pelajaran di University of New England, Australia.

    Beliau mula berkhidmat sebagai guru Gred 1A pada 22 Januari 1968 di SMK Marudi, Baram. Walaupun sudah bersara wajib pada Disember 1999, namun bagi Lee persaraan itu bukanlah titik akhir baginya menabur bakti dalam dunia pendidikan.

    Beliau dilantik sebagai Pengarah Pentadbiran Kolej Inti Sarawak pada 2000, kemudian diberi kepercayaan sebagai Pengetua dan Ketua Eksekutif Kumpulan Sekolah-Sekolah Lodge, Kuching.

    Tahun ini, Roziah Md Nordin, 54, yang berasal dari Padang Rengas, Perak dinobatkan sebagai Guru Cemerlang Pendidikan Khas 2007.

    Beliau memulakan alam persekolahan di SK Padang Rengas, sebelum ke SMK Tun Perak dan mengikuti Tingkatan Enam di SM Anderson, Ipoh.

    Beliau mula bergelar pendidik pada 5 Januari 1976 dan meningkatkan pengetahuan dengan mengikuti program pendidikan khas di Maktab Perguruan Ilmu Khas.

    Sumbangan Roziah dalam bidang ini banyak, antaranya menjadi panel Pembinaan Sukatan Vokasional yang kini diguna pakai di SM Pendidikan Khas Vokasional Indahpura. Beliau dilantik sebagai Penyelaras Pendidikan Khas di sekolahnya iaitu SMK Raja Muda Musa, Kuala Lumpur.


Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: