HARI-HARI (DULU & KINI)
:: Tentang Hari Ini Dan Sejarah ::

APA YANG BERLAKU PADA HARI INI DULU……

16 Mei

  • 1204: Perang Salib Ke-4: Count Baldwin IX dari Flanders dimahkotakan sebagai Maharaja Latin pertama di Constantinople.
  • 1527: Keluarga Medici diusir dari Florence dan sebuah republik diasaskan semula.
  • 1866: Rutbir disediakan secara komersil buat pertama kali.
  • 1929: Anugerah Akademi yang pertama disampaikan di Hotel Hollywood Rooseveltl, Los Angeles.
  • 1943: Perang Dunia II: SS-Brigadeführer Jurgen Stroop menghentikan Pemberontakan Geto Warsaw, pemberontakan besar-besaran pertama di Poland terhadap pendudukan Nazi semasa Holokus.
  • 5 Respons to “APA YANG BERLAKU PADA HARI INI DULU……”

    1. 17 MEI

      1792: Bursa Saham New York diasaskan.
      1846: Adolphe Sax mempatenkan saksofon.
      1900: Ayatollah Ruhollah Khomeini, Pemimpin Agung Iran pertama dan juga pengasas Republik Islam Iran, dilahirkan
      1902: Mekanisme Antikythera, mekanisme bergear tertua yang diketahui, ditemui dalam nahas kapal berdekatan pulau Antikythera, Greece.
      1943: Perang Dunia II: Dam Busters, Tentera Udara Diraja United Kingdom, berjaya menggunakan bom lantunan dalam Operasi Chastise.
      1995: Selepas 18 tahun sebagai Datuk Bandar Paris, Jacques Chirac dilantik sebagai Presiden Republik Perancis.

    2. 18 MEI

      1268: Baibars dan angkatan Mamluknya menawan Antioch, ibu negara salibi untuk Kerajaan Antioch.
      1896: Mahkamah Agung Amerika Syarikat membuat keputusan dalam kes Plessy lawan Ferguson dan mendukung kesahan segregasi ras untuk pengangkutan awam.
      1944: Perang Dunia II: Perang Monte Cassino bertamat dengan pemindahan Jerman dari Monte Cassino.
      1958: F-104 Starfighter, sebuah penangkis pejuang superbunyi mencipta rekod laju dunia sewaktu mencapai laju 1,404.19 batu sejam.
      1980: Gunung St. Helens meletup di Washington, dan mengorbankan 57 orang serta menyebabkan kerosakan melebihi sebilion dolar.

    3. 19 ME1536: Anne Boleyn , permaisuri dan isteri kedua Henry VIII dari England, dipancung kepala disebabkan berzina.
      1649: Parlimen Rump meluluskan akta untuk menubuhkan Komanwel England secara rasmi.
      1802: Anugerah Légion d’honneur (bahasa Melayu: legion yang mulia) dimulakan oleh Napoleon Bonaparte, Konsul Pertama Republik Perancis.
      1921: Kongres Amerika Syarikat meluluskan Akta Kuota Kecemasan untuk menetapkan kuota negara terhadap imigrasi ke Amerika Syarikat.
      1922: Pertubuhan Peneroka Muda diasaskan di Kesatuan SovietI

    4. 20 MEI

      325: Majlis Pertama Nicaea dibuka secara rasmi.
      1498: Vasco da Gama , penjelajah Portugis, tiba di Calicut, India.
      1570: Abraham Ortelius mengeluarkan atlas moden yang pertama.
      1862: Presiden Abraham Lincoln memeterai Akta Rumah Ladang (Homestead Act).
      1927: Melalui Perjanjian Jeddah, United Kingdom mengiktirafkan kedaulatan Raja Ibn Saud dari Kerajaan-kerajaan Hejaz dan Nejd; kedua-dua kerajaan itu kemudian digabungkan menjadi Kerajaan Arab Saudi.

    5. 21 MEI

      1674 – John Sobieski dipilih oleh szlachta sebagai Raja Komanwel Poland-Lithuania.
      1881 – Persatuan Palang Merah Amerika Syarikat ditubuhkan oleh Clara Barton
      1894 – Terusan Kapal Manchester dibuka secara rasmi, dan mengaitkan bandar raya Manchester dengan Laut Ireland.
      1927 – Charles Lindbergh berjaya membuat penerbangan berseorangan menyeberangi Lautan Atlantik yang pertama tanpa berhenti di atas kapal terbang, Semangat St. Louis.
      1991 – Bekas perdana menteri India, Rajiv Gandhi dibunuh oleh pengebom membunuh diri wanita.
      2005 – Hari angkatan tentera Amerika Syarikat.
      -Hari tentera laut Chile.


    Tinggalkan Jawapan

    Please log in using one of these methods to post your comment:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: