HARI-HARI (DULU & KINI)
:: Tentang Hari Ini Dan Sejarah ::

Mei
22

 (E-Buku Cara Berhenti Merokok)

             

 Walaupun pelbagai kempen dan peraturan antimerokok dilaksanakan, jumlah perokok di negara ini akan meningkat daripada 3.1 juta pada akhir tahun lalu kepada kira-kira 3.8 juta pada 2015 dan lebih empat juta menjelang 2020.

Malah, satu kaji selidik Cawangan Penyakit Tidak Berjangkit, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan baru-baru ini mendapati semakin ramai golongan muda, khususnya remaja terjebak ke dalam kancah ketagihan rokok.

Kajian itu mendapati, sehingga akhir tahun lalu, seorang daripada setiap dua lelaki dewasa di negara ini yang berusia antara 25 hingga 64 tahun adalah perokok. Kumpulan ini mewakili kira-kira 2.9 juta daripada 3.1 juta perokok di seluruh negara.

Timbalan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr Zainal Ariffin Omar, berkata walaupun pelbagai usaha membanteras tabiat buruk itu dilak- sanakan kerajaan, ia masih belum berkesan untuk membendung gejala merokok.

Beliau yang juga Ketua Pasukan Projek Kaji Selidik itu, berkata jumlah wanita yang merokok di negara ini turut membimbangkan iaitu 174,000 orang dengan 68,000 berumur antara 35 hingga 44 tahun, 45,000 (25 hingga 34 tahun), 24,000 (45 hingga 54 tahun) dan 37,000 (55 hingga 64 tahun).

Dari segi pecahan etnik, perokok di kalangan orang Melayu adalah paling tinggi dengan jumlahnya mencatat 1.77 juta atau hampir 50 peratus daripada mereka yang berumur antara 25 hingga 64 tahun.

Jumlah perokok di kalangan kaum Cina pula ialah 435,000 merangkumi 21.2 peratus keseluruhan komuniti dewasanya, manakala 183,000 perokok daripada kalangan kaum India (16.2 peratus).

‘JANGAN BUAT MACAM INI’

Mei
21

IKON merupakan sebuah program anugerah muzik serantau yang melibatkan kerjasama sebahagian besar negara anggota ASEAN seperti Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan Malaysia.

Melalui IKON, sepuluh artis solo dan sepuluh artis berkumpulan akan dicalonkan oleh setiap negara.

Seterusnya, juara antara negara bakal bersaing merebut IKON ASEAN iaitu kemuncak program berkenaan.

Di Malaysia, pemilihan artis akan dipertanggungjawabkan oleh jawatankuasa profesional dari Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM).

Sebagai penggerak awal, Malaysia akan mendahului negara-negara jirannya apabila IKON Malaysia dijangka menemui penonton malam ini di stesen TV berbayar Astro. Radio Era pula dilantik sebagai penyiar rasmi IKON.

Sehubungan itu, satu memorandum persefahaman telah ditandatangani di antara Astro, Radio Era, RIM dengan IKON Media Group pada satu majlis di Bukit Jalil, baru-baru ini.

Menurut Pemangku Ketua Program Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, pihaknya sentiasa menyokong industri hiburan tempatan dan melihatnya sebagai satu peluang pelaburan menghasilkan penjenamaan baru.

Namun katanya, sebuah program baru itu perlu seiring dengan kandungan bahan yang berkualiti kepada penonton di rantau ini.

“IKON mampu mencipta satu fenomena baru dalam industri penyiaran di Malaysia. Kandungannya yang bercorak hiburan mampu menaikkan nama negara di mata dunia penyiaran ASEAN dan seterusnya peringkat antarabangsa.

“IKON wajar dilihat sebagai inisiatif baru dalam industri hiburan di mana platform para artis dan karyawan muzik tanah air mendekati masyarakat di luar lingkaran hiburan tempatan.

“Secara tidak langsung, promosi sebegitu akan membuka laluan buat mereka lebih dikenali di peringkat Asia,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Persatuan Industri Rakaman ASEAN, Arnel Affandi, Pengarah Urusan IKON Media Group, Richard Voon, Naib Pengerusi RIM, Norman Abdul Halim dan Pengurus Besar Kumpulan (Rangkaian) AMP Radio Networks, Kudsia Kahar.

Tambah Khairul Anwar, IKON juga bakal menjadi satu penanda aras dalam dunia penyiaran di Malaysia dan Asean berdasarkan sasaran penonton yang melebihi 100 juta orang.

IKON juga jelasnya bukan sahaja disiarkan di medium televisyen dan radio malah menerusi telefon bimbit dan Internet sekali gus merangkumi kemudahan multimedia tercanggih masa kini.

“Dengan gabungan pertukaran budaya unik antara lima negara, dunia baru muzik kembali segar dan melambangkan apresiasi gaya dan bakat seni anak Malaysia.

“Apa yang pasti, IKON merupakan pintu yang terbuka luas kepada artis Malaysia untuk melangkah jauh lagi merentasi sempadan,” katanya mengakhiri ucapan.

Apa itu IKON?

* Program anugerah muzik melibatkan lima negara ASEAN iaitu Malaysia, Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina yang mana juara IKON masing-masing (solo dan kumpulan) akan merebut gelaran IKON Asean.

* Mempertandingkan 12 anugerah keseluruhannya.

* Berkonsepkan realiti TV yang akan ditayangkan di Astro.

* Pemilihan juara IKON Malaysia ditentukan oleh undian SMS (khidmat pesanan ringkas), manakala juara IKON Asean diadili oleh juri profesional terpilih.

* IKON Malaysia bakal bermula hari ini serentak dengan negara Asean lain.

* Ia melibatkan lima peringkat sebelum berlakunya penyingkiran setiap minggu berdasarkan persembahan artis (solo dan kumpulan).

* Juara IKON Malaysia akan diketahui pada awal Ogos depan sebelum bertanding dengan juara Asean yang lain pada penghujung bulan yang sama.

* Pemilihan artis yang layak dicalonkan berdasarkan kriteria tertentu. Antaranya umur artis rakaman melebihi 16 tahun, album diterbitkan selepas 1 Januari 2005, maksimum jualan album yang akan ditetapkan kemudian serta persetujuan bersama antara artis dan syarikat rakaman.

p/s: malam ini astro ria jam 9.oo p.m. bersama Sarimah Ibrahim dalam Intro IKON Malaysia yang memperkenalkan calon-calon IKON Malaysia dalam kategori solo dan grup.

 HARI PM UMUMKAN KENAIKAN GAJI KAKITANGAN AWAM

Lebih sejuta kakitangan awam akan menikmati kenaikan gaji di antara 7.5 hingga 35 peratus, manakala kadar Bantuan Sara Hidup atau Cola dinaikkan 100 peratus, berkuat kuasa 1 Julai ini.

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula mendapat tambahan 20 peratus lagi daripada peratusan kenaikan gaji yang diumumkan itu. Ini bermakna anggota polis dan tentera menerima kenaikan gaji antara sembilan hingga 42 peratus.

Kenaikan gaji 1,002,040 kakitangan awam itu diumumkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada perhimpunan Hari Pekerja sektor awam 2007 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini semalam. Hadirin menyambut pengumuman itu dengan tepukan gemuruh dan laungan ‘Hidup Pak Lah’.

Turut menikmati kenaikan berikutan pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam itu ialah 557,033 pesara kerajaan. Kali terakhir semakan gaji kakitangan awam dibuat pada 1992.

Perdana Menteri berkata, gaji pokok Kumpulan Sokongan 2 (Gred 1 hingga 16) dinaikkan 35 peratus; Kumpulan Sokongan 1 (Gred 17 hingga 40) sebanyak 25 peratus, Kumpulan Pengurusan Profesional (Gred 41 hingga Gred 54) sebanyak 15 peratus dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi (Jawatan Utama Sektor Awam atau Jusa C hingga Ketua Setiausaha Negara) sebanyak 7.5 peratus.

Pengurusan tertinggi PDRM dan ATM pula mendapat kenaikan sembilan peratus, Kumpulan Pengurusan Profesional (18 peratus), Kumpulan Sokongan 1 (30 peratus) dan Kumpulan Sokongan 2 (42 peratus).

Dengan kenaikan itu, gaji terendah kakitangan awam mencecah RM649.15 sebulan berbanding RM480.85 sebulan sekarang, manakala pendapatan terendah dicampur elaun tetap lain berjumlah RM1,024.15 sebulan berbanding RM805.85 sebulan sekarang.

Pendapatan terendah itu juga hampir menyamai Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) bagi seluruh Malaysia, iaitu RM691 sebulan.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan, berkata kenaikan gaji itu membabitkan perbelanjaan tambahan RM3.4 bilion tahun ini atau RM6.8 bilion setiap tahun, manakala peningkatan kadar Cola memerlukan perbelanjaan tambahan RM600 juta tahun ini atau RM1.2 bilion setahun.

Dalam kenyataannya selepas pengumuman itu, Perdana Menteri menjelaskan lapan kategori kakitangan awam layak mendapat kenaikan gaji berkenaan.

Mereka ialah pegawai di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) meliputi pegawai tetap, pegawai kontrak, pegawai sementara, pegawai sambilan, guru sambilan, pegawai khidmat singkat, pegawai yang bercuti belajar gaji penuh, separuh gaji dan tanpa gaji serta pegawai yang dipinjamkan atau ditukar sementara.

Abdullah menjelaskan, kerajaan bersetuju memanjangkan tambahan kenaikan gaji kepada ATM walaupun ia hanya dituntut PDRM sebelum ini kerana wujud ketetapan service ranking atau kedudukan ATM yang paling atas berbanding PDRM dan perkhidmatan awam lain.

Beliau berkata, secara purata gaji PDRM adalah di antara lima hingga 15 peratus lebih tinggi daripada gaji kakitangan awam, manakala gaji ATM antara tiga hingga 11 peratus lebih tinggi daripada gaji PDRM.

Perdana Menteri yakin kenaikan gaji itu akan meringankan beban anggota sektor awam, terutama dalam kumpulan terendah.

“Pada masa yang sama, saya ingin mengingatkan semua anggota sektor awam bahawa dengan kenaikan ini, harapan seluruh rakyat serta kerajaan kepada sektor awam akan meningkat,” katanya pada perhimpunan yang dihadiri lebih 5,000 kakitangan awam dari seluruh negara itu.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Menteri Kabinet, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Tan Sri Sidek Hassan, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam dan Presiden Cuepacs, Omar Osman yang diberi penghormatan untuk duduk bersama Perdana Menteri di pentas utama Dewan Plenari itu.

Abdullah berkata, kerajaan membuat pertimbangan menaikkan gaji kakitangan awam berdasarkan empat faktor, iaitu prestasi ekonomi negara, keperluan menarik dan mengekalkan modal insan berkelayakan, kenaikan kos sara hidup serta kemampuan kewangan kerajaan.

Kuantum itu diputuskan secara cermat dan berhemat kerana sebarang kenaikan gaji kakitangan awam akan turut membabitkan pengiraan pencen serta elaun tertentu.

“Kerajaan juga mengiktiraf beban tanggungjawab serta cabaran tugas masa kini yang dihadapi PDRM dan ATM. Maka, kerajaan memutuskan untuk memberi kenaikan tambahan kepada PDRM dan ATM sebanyak 20 peratus di atas peratusan kenaikan gaji untuk semua anggota sektor awam yang diumumkan tadi,” katanya.

Beliau menasihatkan kakitangan awam supaya terus meningkatkan produktiviti serta mutu perkhidmatan kepada rakyat sejajar hasrat kerajaan menjadikan perkhidmatan awam negara sektor yang terbilang di dunia.

“Selain menyediakan sistem penyampaian perkhidmatan yang terbaik, kerajaan amat berharap anggota sektor awam akan lebih menekankan aspek perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah kepada perkhidmatan termasuk mengurangkan kerenah birokrasi, sentiasa mesra, telus, responsif, kreatif dan mementingkan pelanggan.

“Sekiranya kita mempunyai hala tuju dan matlamat yang sama, negara dan rakyat akan terus makmur dan sudah pasti kita juga akan menikmati kejayaan bersama, InsyaAllah,” katanya.

‘APA KATA MEREKA’

HARI INI MAB SEDIAKAN SEJUTA BEG LUT SINAR

Malaysia Airports Bhd (MAB) menyediakan sejuta beg plastik lutsinar dan menambah kakitangan sebagai persiapan melaksanakan peraturan baru mewajibkan penumpang antarabangsa mengisi barangan cecair ke dalam beg plastik sebelum menaiki pesawat, mulai hari ini.
Plastik lutsinar itu diedarkan ke semua lapangan terbang antarabangsa di seluruh negara untuk digunakan penumpang antarabangsa secara percuma bagi tempoh antara tiga hingga enam bulan peraturan berkenaan berkuatkuasa.Pengurus Besar Kanan Keselamatan MAB, Datuk Kamaruddin Mohd Ismail, berkata kakitangan baru ditambah bagi membantu melancarkan kerja pengagihan dan pemeriksaan di semua lapangan terbang terutama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Di KLIA saja, 120 kakitangan baru ditambah dan mereka akan bekerja mengikut empat syif bagi membantu 60 kakitangan sedia ada yang bertugas pada setiap syif.

“Kita sudah bersedia dan jika semua berjalan lancar, tidak akan timbul masalah kesesakan di kaunter kerana kita sudah lama menyebarkan maklumat mengenai pelaksanaan langkah keselamatan baru ini kepada pelanggan.

“Sebab itu kita tambah 30 kakitangan baru di setiap syif di KLIA. Ini sebagai langkah berjaga-jaga untuk melancarkan urusan di semua kaunter,” katanya.

Mulai jam 12 tengah malam tadi, semua barangan cecair seperti gel rambut, gel kasut, losyen, minyak, campuran cecair, pepejal seperti puding, bekas tekanan seperti buih cukuran dan deodoran, minyak wangi, minuman, sup, kosmetik dalam cecair, ubat gigi mesti dimasukkan ke dalam plastik khas.

Plastik lutsinar boleh tutup itu boleh didapati percuma di kaunter penerangan, kaunter tiket, kaunter daftar masuk dan pusat pemeriksaan pelepasan dan setiap penumpang hanya dibenarkan membawa satu bagasi tangan.

Setiap penumpang hanya dibenarkan memasukkan cecair ke dalam beg plastik bersaiz tidak lebih 100 milimeter atau 100 gram atau muatan maksimum kurang satu liter. Beg plastik itu akan dilekatkan menggunakan kod khas dan rosak jika dibuka semula.

Bagaimanapun, penumpang masih dibenarkan membawa masuk susu dan makanan bayi, ubatan atas nama pemegang tiket, insulin, serta barangan cecair yang dibeli kedai bebas cukai dengan syarat mesti disertakan resit pembelian.

Kamaruddin berkata, sejak peraturan baru itu diumumkan pada Mac lalu, pihaknya mengedarkan dua juta risalah dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin serta 2,000 poster meja.

MAB percaya ramai sudah mengetahui maklumat peraturan baru itu tetapi pihaknya akan terus menggiatkan kempen penggunaan plastik lutsinar bagi mengelakkan masalah serta kekeliruan.

“Banyak negara lain sudah menggunakan kaedah yang sama dan ia selaras dengan garis panduan keselamatan Pertubuhan Pengangkutan Awam Antarabangsa yang mengutamakan keselamatan. Peraturan ini dijalankan di semua lapangan terbang termasuk Terminal Tambang Murah (LCCT) di Sepang,” katanya.

p/s sekarang ini dah ada bom jenis cecair sebab itu yang diorang takutkan……. jangan jadi macam video ini….

Mei
19

AF5 MILIK SIAPA?

SELAMA empat musim, takhta tertinggi Akademi Fantasia (AF) didominasi peserta lelaki dan tembok kukuh itu seakan tidak dapat dibolosi peserta wanita.
Bermula Vince, disusuli Zahid, Mawi dan Faizal, program realiti yang sentiasa diperdebatkan ini dilihat lebih berpihak kepada peserta lelaki.

Walaupun peserta wanita menunjukkan kesungguhan serta membuktikan bakat besar mereka, itu semua tidak memadai untuk meletakkan mereka lekat di hati peminat.

Empat musim AF berlangsung, pencapaian tertinggi yang pernah dicapai peserta wanita ialah pada musim kedua AF apabila Nurlinda Nanuwil atau Linda mengakhiri perjuangannya di tempat kedua.

Peserta wanita lain yang pernah menduduki tiga tempat teratas ialah Amylea dan Farhan yang menamatkan perjuangan mereka di tangga ketiga, masing-masing pada AF3 dan AF4.

Namun apakah tradisi yang sudah sinonim dengan AF itu akan berlarutan apabila AF musim kelima melabuhkan tirainya di Stadium Putra, Bukit Jalil, jam 9 malam ini?

Mampukah kubu kebal peserta lelaki berjaya dirobohkan peserta wanita malam ini? Antara Mila, Ebi, Aswad, Candy dan Heliza, siapa antara mereka yang akan menjejak keajaiban sekali gus memahat nama dalam direktori tertinggi AF5?

‘GAMBAR FINALIS’

 

‘VIDEO KLIP MILA AF5 – LAGU CINTA PURA PURA’

Walaubagaimanapun Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 19, disebut-sebut bakal muncul juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5).Jika ramalan itu tepat, Mila akan memecahkan tradisi program hiburan terbitan Astro itu sebagai juara wanita pertama AF selepas empat musim.

Juara AF5 akan menerima hadiah bernilai RM399, 777 termasuk sebuah kondominium di A’ Famosa, Melaka (RM278, 900), kereta Toyota Vios (RM84, 489), pakej percutian ke Gold Coast, Australia (RM6,3 88), Sijil Simpanan Premium (RM10, 000), wang tunai (RM20,000) dan trofi.

Pemenang tempat kedua akan menerima hadiah bernilai RM96,768 termasuk kereta Toyota Vios, pakej percutian ke Hong Kong, Sijil Simpanan Premium, wang tunai RM10,000 dan trofi. Nilai keseluruhan hadiah AF5 ialah RM520,009.

Mila mempunyai peluang besar untuk muncul juara kerana sepanjang sembilan konsert mingguan AF5 berlangsung, dia menampilkan persembahan konsisten walaupun sentiasa dalam kedudukan paling bawah setiap minggu.

Tambahan pula Mila dilihat antara pelajar yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri dari masa ke masa selepas ditegur oleh pengkritik dan tenaga pengajar.

Walaupun dalam lapan konsert sebelum ini Mila menerima undian terendah namun pada konsert minggu lalu, undian kepada pelajar dari Pulau Pinang itu meningkat secara mendadak.

Mila yang bakal mendendangkan lagu Cinta Pura-Pura yang pernah dipopularkan oleh Ezlynn dan lagu baru Persis Mutiara ciptaan Ajai malam esok dikatakan akan bersaing hebat dengan Ebi Kornelis @ Firdaus Yamal, 23, dari Sabah

Ebi yang bakal mendendangkan lagu Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) yang dipopularkan oleh kumpulan Jinbara dan lagu baru ciptaan M.Nasir (Sinar Cinta) sebelum ini sentiasa mendapat kedudukan teratas berbanding pelajar lain.

Bagaimanapun, ada juga yang berpendapat kehadiran Candy atau Candra Clement, 19, dari Sabah yang akan menyanyikan lagu Dedebu Cinta dan Demam ciptaan Edry Abd. Halim tidak boleh dipandang remeh.

Candy yang mempunyai suara tersendiri itu juga sering mendapat pujian daripada pengkritik sepanjang konsert mingguan berlangsung.

Seorang lagi pelajar yang tiba-tiba ‘meletup’ dan pernah menduduki tangga teratas ialah Aswad atau nama sebenarnya Muhammad Nur Aswad Jafar, 27.

Aswad yang berasal dari Pulau Pinang bakal mendendangkan lagu Mata Hati Jiwa nyanyian Awie dan lagu baru Bila Mati Cinta Terhenti ciptaan Razman Riza.

Konsert malam ini juga akan menyaksikan Pengacara Aznil Hj Nawawi mengacara AF kali terakhir.

p/s seluruh keluarga AFUNDI MILA

Mei
17

Hari ini diraikan pada 17 Mei setiap tahun diseluruh dunia yang menandakan penubuhan Kesatuan Telekomunikasi Sedunia (ITU) pada 1865. Kemajuan bidang ini bermula pada tahun 1837 apabila Samuel Morse mencipta telegraf dan hinggalah Alexander Graham Bell mempaten sistem telefon pada tahun 1876.

Sejarah Kemajuan di Malaysia: Jan 1996 MEASAT-1 dilancarkan, 1996 MEASAT-2 dan 2006 MEASAT-3. Pelan tindakan khas strategi Informasi, Komunikasi Dan Perkhidmatan Multimedia Malaysia (MyICM886) ditubuhkan pada 2006 , perancangan hingga 2020 bagi mencapai okjektif Malaysia menuju negara berasaskan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) menjelang 2020. Bagi menyediakan segala kemudahan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dipertangungjawabkan untuk menyediakan pelan tindakan. Ia melibatkan komputer berdigit, spektrum generasi ketiga (3G), TV mudah alih, TV protokol Internet (IPTV), suara atas protokol internet (VoIP) dan peruntukan perkhidmatan universal (USP).

‘2005 Mobile Phone Throwing World Championship’

‘NOKIA 6600 DAN 3660 BOLEH AMBIL GAMBAR X-RAY’

‘SEBELUM’

SELEPAS

 

p/s saya guna telefon bimbit 3G tapi banyak fungsi/ciri yang tidak digunakan

Mei
17

 ’GAMBAR’

 

‘VIDEO AKAD NIKAH’

 ’VIDEO BERSANDING’

Tahniah untuk DYMM Sultan Perak sekeluarga kerana akhirnya Raja Muda yang disayangi sekalian rakyat Perak YM Raja Dr Nazrin akhirnya menemui permaisurinya Zara Salim Davidson dan akan dinikahkan pada hari ini di Istana Bukit Chandan, Kuala Kangsar . Sebagai anak Perak yang senantiasa mengikuti dan mengambiltahu tentang diri Tuanku sekeluarga, saya amatlah berbesar hati dan bergembira dengan perkhabaran ini. Semoga negeri Perak yang tercinta ini akan semakin gemilang di bawah naungan Tuanku.

 Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, diberi tanggungjawab untuk menyempurnakan upacara akad nikad bermula kira-kira jam 9.45 pagi, diikuti istiadat menyarung cincin yang dijangka berakhir jam 10.30 pagi.

Majlis yang diadakan secara sederhana itu hanya dihadiri anggota kerabat kesultanan Perak, beberapa dif jemputan kehormat serta ahli keluarga terdekat pengantin perempuan.

Esok, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, akan menganugerahkan Darjah Kerabat Diraja (DK) Perak dan seterusnya mengisytiharkan pelantikan Zara sebagai Raja Puan Besar Perak.

Istiadat penganugerahan itu akan berlangsung di Dewan Istiadat Istana Iskandariah bermula jam 9.15 pagi dan dihadiri kerabat kesultanan Perak serta dif jemputan kehormat.

Persandingan Diraja pula akan berlangsung di Balai Rong Seri pada malam Sabtu, diikuti majlis Jamuan Diraja bermula jam 10 malam.

Orang ramai berpeluang menyaksikan majlis persandingan diraja itu secara langsung menerusi skrin gergasi yang dipasang di Arena Square Kuala Kangsar serta Dataran Ipoh.

Jamuan malam turut disediakan di Arena Square Kuala Kangsar, manakala pertunjukan bunga api selama kira-kira 30 minit diadakan berhampiran Jambatan Sultan Abdul Jalil di sini pada malam berkenaan.

Panjut lampu pelita juga dipasang selama dua hari bermula esok di sepanjang tebing Sungai Perak di Kampung Sayong yang bertentangan dengan Istana Iskandariah dan bandar Kuala Kangsar.

Selain itu, lampu berwarna warni dipasang di seluruh bandar ini serta sepanjang jalan raya yang menempatkan Istana Kinta dan Hotel Impiana Casuarina di Ipoh, tempat penginapan rasmi jemputan kehormat.

Lebih 15,000 pengunjung, termasuk 5,000 jemputan khas, dijangka membanjiri bandar ini sempena istiadat perkahwinan diraja itu.

Zara pelajar cemerlang Universiti Nottingham


Zara Salim Davidson, bakal isteri Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, adalah seorang pelajar cemerlang di Universiti Nottingham dan bekas perenang negeri Perak.

Beliau lulus dengan ijazah kelas pertama dalam kejuruteraan kimia pada Julai 1995.

Secara kebetulan, bakal ayahanda mentuanya, Sultan Perak juga adalah penuntut undang-undang di universiti yang sama dan mendapat ijazah pertama undang-undang pada 1953 sebelum dilantik sebagai peguam di England pada 1954.

Dilahirkan di Ipoh pada 22 Mac 1973, Zara merupakan anak bongsu daripada empat anak William Davidson dan Sharifah Azaliah Syed Omar Shahabudin. Zara mempunyai tiga abang.

Zara, yang mempunyai minat mendalam dalam bahasa asing, mendapat pendidikan awal di SMJK Convent Ipoh dan mewakili sekolahnya dalam sukan skuasy dan tenis dari tahun 1988 hingga 1990.

Beliau juga mewakili Perak dalam sukan renang antara tahun 1981 dan 1987.

Selepas menamatkan A-Levels di Prime College di sini pada 1992, Zara ke United Kingdom untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan kimia di Universiti Nottingham dan lulus dengan ijazah kelas pertama pada Julai 1995. Beliau juga menerima anugerah pelajar cemerlang untuk projek tahun akhirnya.

Zara menyertai Jabatan Penilaian Perniagaan di Unit Perancang Korporat Petronas pada Disember 1995 dan merupakan sebahagian daripada kumpulan yang bertanggungjawab atas kejayaan membangunkan kompleks bersepadu petrokimia di Kertih dan Kuantan, yang rakan kongsi asingnya termasuk BP, BASF, Dow Chemicals dan Mitsubishi.

Beliau kemudian menjadi penganalisis projek di Unit Perdagangan Petrokimia Petronas dan sebahagian daripada kumpulan teras membangunkan inti pati jenama Petronas, yang kini membentuk sebahagian daripada strategi penjenamaan global Petronas.

Antara Februari 1999 dan Oktober 2000, Zara memegang jawatan pengurus produk di Petlin (Malaysia) Sdn. Bhd., sebuah syarikat usaha sama Petronas dengan DSM dari Belanda dan Sasol, Afrika Selatan.

Zara juga merupakan sebahagian daripada pasukan projek Petronas untuk menjalankan operasi loji Low Density Polyethylene (LDPE) terbesar di dunia di Kertih.

Zara kemudian meninggalkan Petronas pada November 2001 untuk menjadi pengurus akaun di Formis Network Services Sdn. Bhd. dan kemudian memegang jawatan Naib Presiden Partnerships & Alliances di Formis (Malaysia) Berhad, sebuah syarikat berasaskan teknologi yang disenaraikan di Bursa Malaysia, antara tahun 2003 dan 2005.

Antara 2005 dan 2007, Zara, yang mempunyai sijil penyelamat renang bertauliah dan peminat sukan lasak, menjadi Pengarah Urusan Forthwave Consulting Sdn. Bhd., syarikat pembangunan perisian dan kejuruteraan teknikal hidrokarbon di Kuala Lumpur.

p/s daulat tuanku 

Mei
16

16 Mei

  • 1204: Perang Salib Ke-4: Count Baldwin IX dari Flanders dimahkotakan sebagai Maharaja Latin pertama di Constantinople.
  • 1527: Keluarga Medici diusir dari Florence dan sebuah republik diasaskan semula.
  • 1866: Rutbir disediakan secara komersil buat pertama kali.
  • 1929: Anugerah Akademi yang pertama disampaikan di Hotel Hollywood Rooseveltl, Los Angeles.
  • 1943: Perang Dunia II: SS-Brigadeführer Jurgen Stroop menghentikan Pemberontakan Geto Warsaw, pemberontakan besar-besaran pertama di Poland terhadap pendudukan Nazi semasa Holokus.
  •  

    Mei
    16

    HARI INI KITA MENYAMBUT HARI GURU. GURU YANG TELAH MENGAJAR KITA DARI O KE Z. Kata bijak pandai, “guru yang baik adalah mereka yang menghidupkan harapan, menyemarakkan imaginasi dan menggalakkan keseronokan belajar.” Semoga semua guru akan terus menjadi sumber inspirasi kepada anak-anak Malaysia bagi mewujudkan masyarakat yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

    “Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan” -TEMA HARI GURU TAHUN INI

    Lawan Web Rasmi Hari Guru

    Selamat Hari Guru.

    p/s ingin mengucapkan selamat hari guru kepada cikgu telah mengajar saya di SKJM, Bidor Perak

    Apr
    25

     

    SILA KLIK DI BIO-ASLIKU atau terus daftar di DAFTAR AHLI . PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA.

    Senarai produk dan harga bagi bukan ahli:
    1. VCO31 RM35 35ml Minyak Power 31 ( Suami) – “TERHANGGAT DIPASARAN”
    2.VCOP RM40 150ml Minyak Kelapa Dara Asli
    3.VCOH RM40 150ml Minyak Kelapa Dara Bermadu
    4.VCOHS RM40 150ml Minyak Kelapa Dara + Habbatus Sauda
    5.JHMM RM60 180ml x 6 btl/kotak

    “Minyak kelapa dara berdiri gagah sebagai minyak yang paling menyihatkan yang boleh anda gunakan. Ia mengandungi selautan khasiat kesihatan serta khazanah penyelidikan yang benar-benar berharga. Saya sesungguhnya sangat inginkan agar anda menjadikan minyak kelapa dara sebagai sebahagian daripada pelan harian pemakanan anda”.
    - Dr. Mark Atkinson, Holistic Medical Physician BBS Bsc (Hons) FRIPHH FCMA BETD SAC DIP (Clinical Nutrition)

    PENYEMBUHAN ALAMI LUAR BIASA.

    Salah satu penggunaan minyak kelapa dara yang paling baik adalah untuk memperlembut dan menyembuhkan kulit kering dan mengendur. Ketika mula disapukan pada kulit ia kelihatan berminyak. Namun oleh kerana sifatnya yang sangat mudah diserap ia tidak meninggalkan lapisan tipis berlemak seperti kebanyakan losyen dan minyak komersial. Satu hakikat tentang kehebatan minyak kelapa dara berbanding dengan losyen adalah ia bukan sahaja dapat melembutkan kulit seperti losyen, tetapi ia berupaya menghilangkan lapisan sel kulit yang mati disamping dapat mendorong pertumbuhan jaringan baru yang lebih sehat.

    Banyak orang memperakui bahawa ketika dipakaikan dikulit minyak kelapa dara membantu mencegah sengatan sinar matahari yang panas, sehingga dapat membantu dari gangguan seperti perkembangan kanser kulit dan jeragat kerana kelebihan cahaya ultraviolet. Pengerutan dan kulit kering boleh juga disebabkan kerana terlalu banyak sinar matahari. Minyak kelapa dara dapat juga membantu melindungi kulit dari cahaya matahari yang merusak sehingga dengan mudah tubuh secara perlahan-lahan dapat beradaptasi dalam keadaan demikian sehingga akhirnya boleh tahan terhadap cahaya yang semakin besar. Tidak seperti sunscreen, minyak kelapa dara tidak berfungsi menghambat cahaya ultraviolet, namun memudahkan tubuh untuk menyesuaikan diri secara alami terhadap sengatan cahaya matahari, sehingga dapat meningkatkan tingkat toleransi seiring dengan berlalunya waktu. Namun oleh kerana jenis kulit yang berbeda, tingkat toleransi setiap orang juga berbeda.

    Mengapa minyak kelapa dara mampu merangsang penyembuhan dan pemulihan? Hal ini disebabkan kerana pengaruh metabolik yang dimiliki MCFA pada sel. Aktiviti selular, termasuk penyembuhan luka , diatur oleh metabolisma. Ketika angka metabolik tinggi, aktiviti selular dipercepat dan proses seperti penyembuhan jaringan terluka, penghapusan racun, penyerangan sel rusak atau sel mati dengan sel baru yang dilakukan pada aktiviti yang tinggi. Maka dari itu, proses penyembuhannya dapat dipercepat kerana MCFA memberikan sumber energi yang cepat pada sel untuk meningkatkan metabolik dan kemampuan penyembuhan.

    Keistimewaan khusus minyak kelapa dara yang sangat berkesan adalah kemampuannya mengurangi peradangan, iaitu dapat meredakan radang kulit kronik dalam waktu hanya beberapa hari. Dalam satu kajian yang dilapurkan oleh Dr. S. Sadeghi dan lain-lain,menyatakan bahawa minyak kelapa dara dapat menurunkan bahan-bahan kimia pro-peradangan pada tubuh. Mereka menyarankan bahawa minyak kelapa dara sangat berguna pada pengubatan beberapa penyakit peradangan yang parah. Jika minyak kelapa dara di ambil dalam pemakanan, ciri-ciri penyembuhannya sebagaimana yang berlaku pada kulit juga berlaku di dalam tubuh. Gangguan yang berkaitan dengan radang terutama sekali di dalam saluran gastrointestinal seperti colitis, bisul, hepatitis dan hemorrhoids, telah dapat disembuhkan dengan minyak kelapa dara ini. Minyak ini juga mungkin membantu meredakan radang di bahagian tubuh lain seperti terlihat pada multiple sclerosis, arthritis, dan peradangan pada pembuluh nadi (phlebitis) yang bisa menyebabkan pengerasan pembuluh nadi dan sakit jantung.

    Dari huraian di atas menjelaskan bahawa minyak kelapa dara yang digunakan di dalam atau diluar tubuh, telah memberikan banyak manfaat kesihatan yang sangat menakjubkan.

    Kelebihan Minyak Kelapa Dara Pure dan Bermadu:Dari hasil penyelidikan dan kajian saintifik yang telah dibuat, menunjukkan Minyak Kelapa Dara yang kaya dengan Medium Chain Fatty Acids, memberikan banyak manfaat dan kelebihan terhadap kesihatan manusia seperti berikut:-

    A. Kecantikan luaran:
    1. Sesuai untuk mengubati sakit kulit seperti kudis buta, kurap, panau, bersisik, ruam, ruam lampin, luka, tumit pecah, jerawat , telinga benanah, serta resdung, batuk kering, sakit kuning dan lain-lain .
    2. Membantu mengurangkan berat badan dan kegemukan berlebihan dengan meningkatkan angka metabolik .
    3. Digunakan oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga dengan pilihan untuk disimpan sebagai lemak-lemak dieter yang lain .
    4. Jika disapu, ia membantu membentuk hambatan kimia pada kulit untuk mengurangkan infeksi, mencegah garis-garis halus .
    5. Mengurangkan gejala psoriasis, eksim dan dermatitis .
    6. Melembutkan dan membantu mengurangkan kekeringan dan kekenduran kulit serta memberi perlindungan dari sinaran ultraviolet yang membahayakan kulit anda.
    7. Mengurangkan masalah rambut gugur dan kelemumur.

    B. Kesihatan dalaman:
    1.Meningkatkan tenaga dan daya tahan mental dan fizikal (atlit sukan USA & Eropah banyak menggunakannya)
    2.Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino yang dapat dilarutkan lemak
    3.Melancarkan sekresi insulin dan pengaliran glukosa darah serta mengurangkan risiko diabetis
    4. Mengurangkan stress pada pancreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh serta membawa fungsi thyroid
    5. Mengurangkan kesakitan masalah pencernaan dan cystic fibrosis
    6. Meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Ia juga melindungi diri dari serangan osteoprosis
    7. Memperbaiki kinerja dan mencegah risiko sakit jantung kerana minyak ini tidak mengandungi kolestrol yang tinggi pada darah
    8. Mencegah atherosclerosis dan stroke serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi
    9 Meningkatkan daya tahan tubuh:
    10. Mengandungi dan membantu fungsi sistem daya tahan tubuh, melindungi tubuh dari kaser payudara, kanser colon dan kanser
    11. Berfungsi sebagai antioksidan serta mengurangkan radang kronis
    12. Membantu melindungi tubuh dari radikal bebas yang berbahaya yang mempercepatkan kadar penuaan dan penyakit degeneratif
    13. Meredakan gejala-gejala yang dihubungkan dengan benign prostatic hyperplasia (pembesaran prostate)
    14. Mengurangkan tekanan epileptis dan membantu melindungi tubuh kita dari penyakit ginjal dan infeksi pundi kencing
    15. Membantu mencegah sakit lever dan memiliki kandungan kalori yang lebih rendah berbanding lemak-lemak yang lain
    16. Membunuh virus, bakteria dan kulat.
    17. Membunuh virus yang menyebabkan mononucleosis, influenza, hepatitis C, cacar air dan herpes
    18. Membunuh bakteria yang menyebabkan pneumonia, sakit telinga, infeksi kerongkong, gigi berlubang, keracunan makanan, infeksi saluran kencing, meningitis dan gonorrhea
    19. Membunuh kulat yang menyebabkan candida, jock itch, kadas dan infeksi yang lain
    20. Melemahkan dan membunuh cacing pita, lice, giardia, dan parasit.

    C.Hubungan suami isteri.
    1. Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang (elastik)
    2. Memperbaiki kandungan asid dalam rahim untuk sperma subur serta bertindak sebagai agen pelincir alami (natural)
    3. Membunuh kulat, bakteria dan virus atau sakit kulit pada kemaluan (seperti keputihan).

    MINYAK POWER 31 @ MINYAK POWER RANGERS (VCO31)

    Kelebihan bila disapu / untuk suami:-
    - Suami akan jadi lebih perkasa dan tahan lama..xxx
    - Isteri boleh mencapai puncak sehingga 3 kali
    - Menyegarkan dan menghangatkan
    - Pelayaran lancar dan jauh…

    Cara memakainya sangat mudah:-
    Lepas mandi petang (6.00pm~hingga 7.00pm) sapukan pada alat kelakian, pukul 9.00 malam boleh guna dan berkesan sehingga 7.00 pagi (10 jam)

    HUBUNGI SAYA DI YAHOO atau GMAIL atau perdaftaran percuma diatas

    Apr
    25

    APA KATA MEREKA YANG TELAH MENGGUNAKAN VCO31 MINYAK POWER 31@ MINYAK POWER RANGERS

    Pengguna 1 : (Minta nama dirahsiakan) : Bujang kahwin Janda; Sepang.” Saya ditakdirkan baru bertemu jodoh (2005) dengan seorang janda. Dalam setiap perhubungan suami isteri, saya sentiasa tewas sebelum isteri menamatkan pusingan pertama. Kini dengan VCO Power 31 Bio-Asli (For Men) saya mampu mengatasinya dengan 3 pusingan berbalas 1. Sehingga kini saya belum pernah tewas lagi.”

    Pengguna 2 : (Minta nama dirahsiakan) Status : Sudah berkahwin 12 tahun.” Huuh…………dia terpaksa minta ‘adjourn’ (waktu rehat) sebelum saya menamatkan perlumbaan.”

    Pengguna 3 : Dari Kuala Lumpur memaklumkan melalui sms” Marvelous….!. I scored 3-1 last night. Syukur saya bertemu VCO Power 31 Bio-Asli (For Men) “

    Pengguna 4 : Guru dari Kuala Selangor.” Wow……..! sampai saya tersandar kedinding….hebat habis “.

    Pengguna 5 : Juruteknik dari Kuala Lumpur” Isteri saya selalu pesan …….Bang……jangan lupa minyak Power Rangers.” (VCO Power 31 Bio-Asli (For Men)Pengguna

    6 : Paramugari dari Subang Jaya (melalui e-mail)” I always have wonderful Sunday…….dia seakan tidak mahu mendarat . Terima kasih VCO Power 31 Bio-Asli .Pengguna

    7 : Penyelia Tapak dari PuchongHeeei…..Beb..!..aku berjaya merentas 3 lautan tanpa henti…lah………….Syabas VCO Power 31 Bio-Asli (For Men)Pengguna

    8 : Jurutera dari Port Dickson” Betul-betul Power…… berasap….! ” (beliau terus memesan 10 botol lagi untuk diperkenalkan pada kawan-kawan.)

    Pengguna 9 : Pasangan Warga Emas dari Bangi.” Kami telah berkahwin sekitar 25 tahun yang lalu. Kami adalah pasangan bahagia, walaupun kami sudah mnghampiri usia senja. Seperti kebanyakan pasangan usia lanjut banyak masalah dalam hal perhubungan. Keintiman kami sangat jauh berbeza berbanding dengan sewaktu muda dahulu. Namun hakikatnya kami masih menginginkanya. Dengan kemampuan yang kami ada banyak sudah kaedah dan bahan yang kami telah cuba, sehingga kami menemui Minyak Kelapa Dara Bio-Asli (pure) dan VCO Power 31 Bio-Asli (For Men). Hasilnya kami telah ‘muda’ kembali.

    Apr
    25

    Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat sekelian, disini saya ingin mencadangkan agar kita ramai-ramai mencuba dan membantu perniagaan industri kampung yang berkonsepkan 1 Keluarga 1 Produk daerah Sabak Bernam.

    Konsep ini sangat unik dan berjaya. Dengan menyertai program ini kita dapat menambah pendapatan dan dalam masa yang sama membantu memasarkan barangan keluaran industri kampung.

    Pihak syarikat Desaku Maju Marketing yang bertindak sebagai agen pemasaran menawarkan lebih 100 jenis barangan yang menggunakan jenema DesaKu(Makanan + minuman) dan Bio-Asli( Herba).

    Pihak syarikat juga meyediakan 2 sistem plan pemasaran berserta website kepada sesiapa yang berminat menjadi ahli:-Ahli Desaku-Bio=Sistem 20 Bintang
    Keahlian FREE-Seumur hidup
    Auto Sponsor-Downline
    Kiraan komisyen promosi sehingga 20 level ” Spill Over 5″
    Id-Tentukan sendiri
    Tiada had penajaan
    Boleh daftar terus melalu sms, telefon, fax dan internet-mesti ada penaja-free
    Penghantaran-Pos berdaftar atau laju-free
    Free-website untuk tajaan
    Free-ewallet dan database
    Free-Katalog dan surat sebaran
    16 kemudahan SMS untuk ahli

    Bermula : 01/04/2007 hingga 31/07/2007 syarikat menawrkan cabutan bertuah jika anda membeli 2 produk untuk 1 penghantaran per ahli.

    50 Hadiah cabutan bertuah ditawarkan :
    1- Motosikal Yamaha e-go 2- Laptop Acer 3- Handphone Nokia 3230 4-Camera Digital Canon 5- Jam Tangan Bonia
    (6 hingga 10) 1 set baranhan Desaku Bio-Asli ( 11 hingga 20 ) 1 VCOP, 1VCOP & Jus Herba Mas Madu ( 21 hingga 50) 1 VCOHS & Jus Herba Mas Madu.

    Jika anda berminat menyertai progrem ini sila mendaftar sekarang secara percuma (on-line) di mana saya ialah penaja anda:-*1-Daftar Ahli Desaku-Bio (Free), Sila klik SINI  

    Semoga kita sama-sama berjaya dalam perniagaan ini.
    Salam persahabatan dari saya,