HARI-HARI (DULU & KINI)
:: Tentang Hari Ini Dan Sejarah ::

HARI INI TUDM TERIMA PESAWAT PEJUANG SUKHOI

 ‘Laporan TV3′

Hasrat Malaysia memiliki jet pejuang berteknologi tinggi, Sukhoi SU-30 MKM, yang turut dikenali sebagai pesawat pemintas, akan menjadi kenyataan hari ini selepas hampir empat tahun menunggu.

Tepat jam 10 pagi ini (waktu tempatan -IRKUTSK, Russia), dua daripada 18 pesawat ditempah kerajaan membabitkan kos kira-kira AS$900 juta (RM3.4 bilion) akan diserahkan kepada Kementerian Pertahanan di Kilang Sukhoi Irkut Corporation di sini.

Penyerahan akan dilakukan Timbalan Ketua Pengarah Rosoboronexport (agensi kerajaan Russia), Komardin Victor, selaku kontraktor utamanya kepada Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Azizan Ariffin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Tan Sri Ahmad Latffi Hashim.

Malaysia dan Rosoboronexport menandatangani kontrak untuk perolehan 18 pesawat Sukhoi SU-30 MKM pada Mei 2003. Sebagai timbal balas kontrak itu, Russia akan melatih dan menghantar angkasawan Malaysia yang pertama ke stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Jurucakap Tim Projek SU-MKM Luar Negeri, berkata pesawat itu membuka satu dimensi baru dalam bidang pertahanan udara negara.

Katanya, ini kali pertama TUDM akan memiliki sebuah pesawat pelbagai guna, yang boleh beroperasi dalam sebarang persekitaran, cuaca, malam atau siang, selain mampu menjalankan operasi bersendirian walaupun jauh dari pangkalan.

“Pembelian Sukhoi SU-30 MKM sudah lama kita tunggu. Ini disebabkan kita (TUDM) amat memerlukan pesawat lebih moden dan pantas, selain mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi ketenteraan sejajar dengan tugas mengawal keselamatan negara melalui udara yang semakin mencabar,” katanya.

Sukhoi SU-30 MKM, dua tempat duduk, dengan harga mencecah RM190 juta sebuah, dianggap antara pesawat pelbagai guna tercanggih di dunia ketika ini, malah keupayaannya setanding pesawat pejuang lain termasuk F-15K, Eurofighter EF-2000 dan Saab Grippen.

Digelar sebagai ‘Pahlawan Udara Sejagat’, kelebihan Sukhoi MKM-30 terletak pada peralatan radarnya, yang menggunakan Sistem Kedudukan Global (GPS), dengan kemampuan mengesan sasaran kapal laut besar pada jarak 400 kilometer dan kapal kecil (120 kilometer) dalam sebarang keadaan cuaca.

Sistem avioniknya yang disifatkan termoden di dunia mampu mengesan 15 sasaran di udara secara serentak, dan boleh menyerang empat daripada jumlah keseluruhan sasarannya.

Pesawat itu turut memiliki skrin kristal cecair (LCD) pelbagai fungsi, dengan imej atau sasaran boleh dipaparkan terus ke cermin depan topi keledar juruterbang dan cermin atas tempat duduknya.

Pesawat ini juga dijangka akan mengambil bahagian di Langkawi Airshow 2007 (LIMA).

‘VIDEO KLIP SU-30 MK’

p/s dulu minat nak masuk TUDM, nak jadi ‘pilot’ boleh jadi kapten……bukan kapten gatal

About these ads

No Responses bagi “HARI INI TUDM TERIMA PESAWAT PEJUANG SUKHOI”

Tinggalkan Jawapan

Please log in using one of these methods to post your comment:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: