APA YANG BERLAKU PADA HARI INI DULU……
16 Mei
1204: Perang Salib Ke-4: Count Baldwin IX dari Flanders dimahkotakan sebagai Maharaja Latin pertama di Constantinople.
1527: Keluarga Medici diusir dari Florence dan sebuah republik diasaskan semula.
1866: Rutbir disediakan secara komersil buat pertama kali.
1929: Anugerah Akademi yang pertama disampaikan di Hotel Hollywood Rooseveltl, Los Angeles.
1943: Perang Dunia II: SS-Brigadeführer Jurgen Stroop menghentikan Pemberontakan Geto Warsaw, pemberontakan besar-besaran pertama di Poland terhadap pendudukan Nazi semasa Holokus.

Loading...
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.
17 MEI
1792: Bursa Saham New York diasaskan.
1846: Adolphe Sax mempatenkan saksofon.
1900: Ayatollah Ruhollah Khomeini, Pemimpin Agung Iran pertama dan juga pengasas Republik Islam Iran, dilahirkan
1902: Mekanisme Antikythera, mekanisme bergear tertua yang diketahui, ditemui dalam nahas kapal berdekatan pulau Antikythera, Greece.
1943: Perang Dunia II: Dam Busters, Tentera Udara Diraja United Kingdom, berjaya menggunakan bom lantunan dalam Operasi Chastise.
1995: Selepas 18 tahun sebagai Datuk Bandar Paris, Jacques Chirac dilantik sebagai Presiden Republik Perancis.
jgoldemas - 17 Mei, 2007 at 1:45 pm
18 MEI
1268: Baibars dan angkatan Mamluknya menawan Antioch, ibu negara salibi untuk Kerajaan Antioch.
1896: Mahkamah Agung Amerika Syarikat membuat keputusan dalam kes Plessy lawan Ferguson dan mendukung kesahan segregasi ras untuk pengangkutan awam.
1944: Perang Dunia II: Perang Monte Cassino bertamat dengan pemindahan Jerman dari Monte Cassino.
1958: F-104 Starfighter, sebuah penangkis pejuang superbunyi mencipta rekod laju dunia sewaktu mencapai laju 1,404.19 batu sejam.
1980: Gunung St. Helens meletup di Washington, dan mengorbankan 57 orang serta menyebabkan kerosakan melebihi sebilion dolar.
jgoldemas - 18 Mei, 2007 at 7:58 pm
19 ME1536: Anne Boleyn , permaisuri dan isteri kedua Henry VIII dari England, dipancung kepala disebabkan berzina.
1649: Parlimen Rump meluluskan akta untuk menubuhkan Komanwel England secara rasmi.
1802: Anugerah Légion d’honneur (bahasa Melayu: legion yang mulia) dimulakan oleh Napoleon Bonaparte, Konsul Pertama Republik Perancis.
1921: Kongres Amerika Syarikat meluluskan Akta Kuota Kecemasan untuk menetapkan kuota negara terhadap imigrasi ke Amerika Syarikat.
1922: Pertubuhan Peneroka Muda diasaskan di Kesatuan SovietI
jgoldemas - 19 Mei, 2007 at 8:41 pm
20 MEI
325: Majlis Pertama Nicaea dibuka secara rasmi.
1498: Vasco da Gama , penjelajah Portugis, tiba di Calicut, India.
1570: Abraham Ortelius mengeluarkan atlas moden yang pertama.
1862: Presiden Abraham Lincoln memeterai Akta Rumah Ladang (Homestead Act).
1927: Melalui Perjanjian Jeddah, United Kingdom mengiktirafkan kedaulatan Raja Ibn Saud dari Kerajaan-kerajaan Hejaz dan Nejd; kedua-dua kerajaan itu kemudian digabungkan menjadi Kerajaan Arab Saudi.
jgoldemas - 20 Mei, 2007 at 10:41 pm
21 MEI
1674 – John Sobieski dipilih oleh szlachta sebagai Raja Komanwel Poland-Lithuania.
1881 – Persatuan Palang Merah Amerika Syarikat ditubuhkan oleh Clara Barton
1894 – Terusan Kapal Manchester dibuka secara rasmi, dan mengaitkan bandar raya Manchester dengan Laut Ireland.
1927 – Charles Lindbergh berjaya membuat penerbangan berseorangan menyeberangi Lautan Atlantik yang pertama tanpa berhenti di atas kapal terbang, Semangat St. Louis.
1991 – Bekas perdana menteri India, Rajiv Gandhi dibunuh oleh pengebom membunuh diri wanita.
2005 – Hari angkatan tentera Amerika Syarikat.
-Hari tentera laut Chile.
jgoldemas - 21 Mei, 2007 at 2:15 pm