HARI-HARI (DULU & KINI)
:: Tentang Hari Ini Dan Sejarah ::

Jun
08

Dakwaan mungkir janji, curi idea dalam perniagaan

Pasangan pengasas akademi penerbangan swasta, Langkawi Aerospace Training Centre (LATC) semalam mengemukakan saman RM52.5 juta terhadap tokoh korporat, Tan Sri Halim Mohamad dan enam lagi atas dakwaan menipu serta merampas aset syarikat itu.

Syed Ahmad Tun Dr Syed Nasir dan isterinya, Sharifah Rugayah Ahmad Alsagoff, memfailkan saman dan tuntutannya melalui Tetuan Azian & Co di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, jam 3 petang, semalam.

Selain Halim sebagai Pengarah Eksekutif LATC, turut dinamakan sebagai defendan lain ialah tiga ahli lembaga pengarah LATC, Mariana Halim; Hisham Halim dan Othman Samat; Pengarah urusan LATC, Datuk Seri Abdullah Ahmad @ Dollah Ahmad, syarikat LATC dan HM Aerospace Sdn Bhd.

::SELAMAT MENYAMBUT HARI LAUT SEDUNIA::

Jun
06

Buletin 1.30 TV3 hari ini menyiarkan berita bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melangsungkan perkahwinan dengan Jeanne Abdullah sabtu hadapan di Seri Perdana ,Putrajaya.

 
GAMBAR JEANNE ABDULLAH
(Foto ihsan Jabatan Perdana Menteri)

——IHSAN BERNAMA—— 

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melangsungkan perkahwinan dengan Jeanne Abdullah, 53, pada Sabtu ini, demikian diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini.

Majlis akad nikah pada hari itu akan dilangsungkan di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di sini dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri.

Jeanne dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953 dan merupakan anak sulung daripada empat adik beradik. Beliau mempunyai dua orang anak perempuan, Nadiah dan Nadene.

Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang pentadbiran dan perhotelan, serta pernah bertugas sebagai pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan pengurus Kompleks Seri Perdana.

Abdullah, 67, menjadi duda setelah isterinya, Datin Seri Endon Mahmood, meninggal dunia pada 20 Okt 2005 akibat kanser payudara.

Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Kamaluddin dan seorang anak perempuan, Nori.

 

Kenyataan Penuh yang dkeluarkan oleh JPM:

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi akan melangsungkan majlis akad nikah dengan Jeanne Abdullah pada hari Sabtu 9 Jun 2007 bersamaan dengan 23 Jamadilawwal 1428 Hijrah.

Jeanne Abdullah dilahirkan di Kuala Lumpur pada 29 Julai 1953 dan merupakan anak sulung daripada empat orang adik-beradik. Beliau menerima pendidikan di Sekolah Menengah Assunta dan mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pentadbiran dan perhotelan setelah terlibat dalam pengurusan beberapa hotel terkemuka di Malaysia, termasuk Hotel Hilton Kuala Lumpur dan Hotel Pan Pacific. Jeanne juga pernah bertugas sebagai Pengelola kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan Pengurus Kompleks Seri Perdana.

Jeanne mempunyai dua orang anak, Nadiah dan Nadene.

Majlis berkenaan akan diadakan di Seri Perdana dan akan dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.


Maklumat yang pernah disiarkan di Laman M@RHAEN pada 03 Mac 2007

PM Abdullah Badawi dikatakan telah
menikah di Perth Australia pada 22 Januari lepas.  akan menikah
pada Sabtu ini, 9 Jun 2007.Isteri barunyanya seorang berketurunan Peranchis
bernama Jeanne Abdullah (nama asal Jeanne Danker).
Jeanne seorang janda kematian suami merupakan Pengurus
Kediaman Rasmi di Sri Perdana, Putrajaya. Beliau juga
adalah adik ipar kepada bekas isteri Abdullah, Endon.
* Nota: Berita ini belum dapat disahkan telah disahkan

Maklumat berkaitan:

Utusan Malaysia – Anak Jeanne gembira ibu kahwin PM

Harakah – Calon isteri PM tepati konsep Islam Hadhari?

You Tube – PM Abdullah Coming Wedding to Jeanne – 9 Jun 07

Jun
05

The Grand Mufti <grandfatheralmuftil ah@yahoo. com> wrote:

Mufti Perlis adalah Bapak Setan kata
Ulama Dr.Badrul Amin semasa ceramah umum
baru baru ini.

Mufti Perlis di sebut akan menerbitkan buku
yang akan mengharamkan parti politik dan mereka
yang Menentang Pemerintah serta menyatakan dosa
bagt mereka yang menentang kerajaan adalah
lebih besar dari dosa melihat Siti Nurhaliza
menyanyi.

Eh.. ini macam bunyi mufti nak cari pengaruh
supaya kerajaan beri keistimewaan tambahan
aje? Lagi lagi lah dah dekat pilihanraya ni.
Ini ‘trick’ lama lah Tuan Mufti, carilah ‘trick’
baru bolih lah kami percaya.

Ingat wahai Mufti Perlis, gaji, kerata dan rumah
yang Tuan Mufti perolihi itu adalah dari duit kami bukan
dari nenek moyang kamu punya. Pergi belajar ugama lebih
sikit lagi.

Apa Tuan Mufti tu ingat Koran tu di khas untuk di baca olih
Tuan Mufti saja ke? Semua orang pun bolih baca Koran tampa
kira pangkat, alim, ulama, jahil atau siapa saja yang mencari
keredaan Illahi. Bila masa pulak ada di tetapkan yang Koran
tu untuk Mufti sahaja? Kami baca kami pun faham juga, yang
kami namapak apa yang tersurat. Jagan nak guna kuasa atas
nama “Mufti” yang di anugerah Tuhan untuk kepentingan diri
nanti di laknati Allah. Ini dah macam penasihat ugama di
zaman pemerintah firaun bunyi nya aje?

“daniel@yahoo.com othman” <daniel655313@yahoo.com wrote:

Eloklah tau: Ini fahaman wahabi yg di Taja oleh Saudi.  Habis sumer haram kat Malaysia nie. Dah takder yg halal. 

Entahlah tak tau, saper lagi yg nak kita rujuk.

PAS dengan dakwah tak BERHIKMAH-nya.
MUFTI dengan Fatwa yg DIBAYAR
JAIS dengan projek SKODENGnya
JAKIM dengan pegawai yg TAK TAU BUAT KERJA dok makan GAJI BUTA
UMNO dengan projek RASUAHnya 

Renungkanlah, anda mampu mengubahnya.

Link VIDEO DR.BADRUL AMIN:

http://www.youtube. com/watch? v=qDyH9qtBp8Q

::Selamat hari alamsekitar sedunia:: 

Jun
01

‘‘KALAU mahal jangan tengok,’’ demikian kata Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Seri Lim Keng Yaik sewaktu mengulas tindakan Astro menaikkan kadar langganan pakej-pakejnya secara serta-merta mulai 1 Jun 2007.

Bagi saya ini adalah satu kenyataan yang tidak wajar oleh seorang pemimpin kerajaan. Pelajar sekolah pun boleh memberikan reaksi sedemikian. Walhal sebagai menteri, Keng Yaik kena bersimpati dengan rakyat yang melanggani Astro.

Beliau sepatutnya meminta Astro mengkaji semula langkah menaikkan yuran bulanan atau membuat cadangan-cadangan baru.

Keng Yaik mesti peka bahawa kenaikan kadar langganan Astro adalah satu lagi faktor kenaikan kos belanja hidup seiring dengan kenaikan harga barang, tambang dan perkhidmatan harian.

Adakah beliau akan berkata, kalau beras mahal jangan makan nasi, makan roti canai pagi siang dan malam.

Orang ramai melanggani Astro kerana kelainannya. Saya sendiri meminati saluran-saluran berita seperti Al Jazeera, CCTV atau Bloomberg; saluran-saluran pengetahuan am seperti National Geographic dan Discovery serta sukan seperti Golf.

Saya kira jadual langganan baru Astro ini mengandungi sedikit ‘muslihat’ kerana RTM1 dan 2, TV3, 8, 9 dan ntv7 yang sememangnya percuma dimasukkan ke dalam ‘Pakej Keluarga’ juga dijadikan saluran berbayar.

Saya harap kerajaan akan mengarahkan Astro supaya menghapuskan sistem ‘pakej’ dan menggantikannya dengan kadar langganan setiap satu saluran yang disediakan termasuk RTM1 dan 2, TV3, 7, 8 dan 9 yang sememangnya percuma.

Umpamanya satu saluran dikenakan antara RM2, jadi saya yang hanya bersedia membayar RM20 sebulan akan memilih 10 saluran yang saya minat.

Selama ini pun pelanggan-pelanggan Astro hanya menonton tidak sampai 10 saluran sehari.

Kalau Astro kata ini tidak boleh dibuat kerana masalah-masalah teknikal maka janganlah dipercayai langsung kerana di zaman teknologi ini, tidak ada yang mustahil.

Kerajaan juga patut mengarahkan Astro berkongsi semua siaran langsung bola Liga Inggeris, Itali, Jerman, Sepanyol dan lain-lain dengan RTM. Astro dan RTM patut bekerjasama sewaktu perundingan mendapatkan siaran-siaran langsung.

Juga kalau RTM diberikan hak tayangan lewat atau delayed broadcast pun rakyat tidak akan merungut kerana siaran langsung acara-acara sukan lewat malam atau awal pagi pun bukan ramai yang tonton.

Jadi kalau setakat hendak membuat kenyataan semudah ‘kalau mahal jangan tengok’, baik Keng Yaik jadi pengerusi Astro, tidak perlu jadi menteri. -oleh SAAD HASHIM,ampang U.M

::Hari ini juga adalah hari kanak kanak antarabangsa, hari GAWAI di Sarawak , hari regimen askar wataniah dan hari ulang tahun TV3 ke 23.

Jun
01

Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) adalah pasukan udara di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Pasukan ini ditugaskan dengan pertahanan udara Malaysia dan dilengkapkan dengan pesawat-pesawat pejuang dan pengangkutan.

Tentera Udara Diraja Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1 Jun 1958 sebagai Tentera Udara Persekutuan Malaya. Tetapi sejarah TUDM boleh dikesan jauh lebih awal dengan penubuhan Tentera Udara Sukarelawan Malaya (Malayan Auxiliary Air Force) sebagai cabang tempatan Tentera Udara Diraja Britain di masa penjajahan British.

Selepas mencapai kemerdekaan dalam tahun 1957, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu melihat kepentingan penubuhan sebuah pasukan angkatan udara sendiri untuk pertahanan negara supaya tidak perlu bergantung harap dengan pertahanan yang diberikan oleh pasukan British. Pasukan Tentera Udara Sukarelawan Malaya dijadikan nukleus kepada penubuhan Tentera Udara Diraja Persekutuan Malaya. Satu Enakmen diluluskan di Parlimen dikenali sebagai Ordinan Tentera Udara 1958 yang memberikan kuasa pembentukan sebuah pasukan dikenali sebagai “Tentera Udara Diraja Persekutuan”. Seorang pegawai Tentera Udara Diraja British, Komodor Udara A.V.R Johnstone dipinjam khidmat kepada Tentera Udara Diraja Persekutuan untuk mengetuai pasukan tersebut dan menjadi penasihat kepada Kerajaan. Komodor Udara A.V.R Johnstone kemudiannya dilantik menjadi Panglima Tentera Udara yang pertama. Beliau bertanggungjawab mencorakkan rancangan perkembangan dan pengukuhan Tentera Udara Diraja Persekutuan berserta dengan pengambilan dan latihan kakitangan, aset penerbangan, organisasi dan peraturan-peraturan berkaitan.

Sebagai satu pasukan baru, kebanyakan anggota Tentera Udara Diraja Persekutuan terdiri daripada anggota-anggota uyang dipinjamkan daripada Tentera Udara Diraja British. Walaupun demikian, sebilangan kecil anggota tempatan yang berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja British kemudiannya dipindahkan perkhidmatan ke Tentera Udara Diraja Persekutuan dalam bulan November 1958. Antara mereka yang dipindahkan perkhidmatan ini adalah Flying Officer (Leftenan) Lim Heng Lip, Sarjan Subramaniam, Koperal Othman Mohd Ismail, Koperal Wan Said, Corporal Koperal JD Parsley, Koperal Mahadeven, Laskar Kanan (SAC) Surindam, Laskar Kanan Md Noor, Laskar Kanan Zainal, Laskar Kanan Mohd Hussain and Juruteknik Rendah (JT) Ismail Ariffin. Beberapa orang anak watan Malaya yang berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Britain dibenarkan berpindah khidmat kepada Tentera Udara Persekutuan Malaya, termasuk Sulaiman bin Sujak.

Pesawat pertama yang digunakan oleh Tentera Udara Diraja Persekutuan Malaya adalah pesawat pengangkut ringan jenis Scottish Aviation Twin Pioneer yang diberikan nama “Lang Rajawali” (pendaftaran FM-1001) oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman.

Apabila Persekutuan Malaysia ditubuhkan dalam bulan September 1963, nama pasukan ini berubah menjadi Tentera Udara Diraja Malaysia. Menjelang tahun 1970-an, TUDM mempunyai 16 buah skuadron dengan satu pusat latihan penerbangan.

Selepas penghantaran pesawat CL41-G Tebuan dan helikopter komunikasi jenis Aérospatiale Alouette III, TUDM dikuatkan lagi dengan penghantaran pesawat Handley Page Herald (dikenali di kalangan anggota TUDM sebagai “Dart Herald”) dan juga pesawat pejuang jenis CA27 Sabre Mk32 yang dihadiahkan oleh kerajaan Australia (RAAF ketika itu sedang menggantikan pesawat Sabre mereka dengan pesawat pejuang Dassault Mirage III-EO). Keupayaan pengangkutan ditingkatkan lagi dengan pembelian 20 buah pesawat de Havilland Canada DHC-4A Caribou (versi yang hampir sama dengan versi yang dibeli oleh Tentera Udara Diraja Australia).

Pengangkutan dengan helikopter ditingkatkan dengan penghantaran 36 buah pesawat Sikorsky S-61A-4A Nuri, yang boleh membawa 31 orang anggota tentera infantri ataupun membawa barang muatan sehingga 3 tan.

Sehingga tahun 1970, kerajaan Malaysia mengharapkan pertahanan udara Malaysia yang diberikan oleh Tentera Udara Diraja British dan kemudiannya oleh Tentera Udara Diraja Australia (RAAF menempatkan satu skuadron iaitu Skuadron No. 75 Tentera Udara Diraja Australia dengan pesawat pejuang Mirage III di TUDM Butterworth. Selepas Setiausaha Pertahanan Denis Healy mengumumkan pengunduran pasukan tentera British daripada pangkalan-pangkalan di timur jauh (kecuali Hong Kong), TUDM melihat untuk mengambil alih tanggungjawab pertahanan udara.

Dalam tahun 1975, TUDM menerima penghantaran 16 buah pesawat Northrop F-5E Tiger II dan 4 buah pesawat latihan Northrop F-5B Tiger (pesawat ini kemudiannya digantikan dengan 4 buah pesawat F-5F). Keupayaan peninjauan diperolehi dengan pembelian 2 buah pesawat RF-5E Tigereye.

Latihan penerbangan untuk juruterbang jet laju diberikan menggunakan pesawat Aermacchi MB339AM yang diterima dalam tahun 1983 dan 44 buah pesawat Pilatus PC-7 yang mula diterima dalam tahun 1984.

Pemodenan TUDM melonjak dengan pembelian 88 buah pesawat simpanan jenis McDonnell Douglas A-4C Skyhawk milik Tentera Laut Amerika Syarikat. Daripada 88 kerangka ini, TUDM melantik syarikat Grumman Bethpage untuk memodenkan pesawat-pesawat tersebut ke tahap A-4PTM (Peculiar to Malaysia) yang hampir sama dengan standard A-4M kegunaan Tentera Laut Amerika Syarikat dan Kor Marin Amerika Syarikat.

TUDM juga melihat kepada perolehan senjata-senjata moden seperti pembelian misil udara-ke-udara jenis AIM-120 AMRAAM, tetapi hasrat tersebut disekat oleh Amerika Syarikat yang tidak mahu memperkenalkan teknologi terbaru tersebut kerana bantahan daripada Singapura. Sebaliknya, Amerika bersedia menjual pesawat moden seperti F-18 tetapi hanya dengan pembekalan misil jenis semi aktif AIM-7 Sparrow yang jauh lebih kurang upaya berbanding dengan AIM-120 AMRAAM.

Dasar kerajaan Amerika ini memaksa TUDM melihat kepada perolehan senjata daripada negara-negara lain, termasuk Rusia. Dalam tahun-tahun 1990-an, TUDM menerima penghantaran pesawat jenis BAE Hawk Mk108 dan Hawk Mk208. Pesawat Hawk Mk108 digunakan untuk latihan lanjut juruterbang sementara pesawat Hawk Mk208 mengambil alih peranan bantuan udara rapat yang sebelumnya diberikan oleh pesawat McDonnell Douglas A-4PTM Skyhawk.

Dalam tahun 1995, TUDM menerima penghantaran 18 buah pesawat MiG-29N untuk mengendalikan peranan penguasaan udara (air superiority) . Keupayaan serangan pelbagai cuaca diperolehi dengan pembelian 8 buah pesawat McDonnell Douglas F-18D Hornet yang diterima dalam tahun 1997. Pesawat ini serupa dengan pesawat penyerang yang digunakan oleh Kor Marin Amerika Syarikat.

TUDM juga membuat pesanan pada 5 Ogos 2003 untuk 18 buah pesawat Sukhoi Su-30MKM yang dijadualkan penghantaran mulai tahun 2007. Kontrak ini bernilai AS$900 juta dan sebahagian daripada pembayaran dibuat dalam bentuk jualan komoditi. Rusia juga bersetuju menghantar seorang angkasawan rakyat Malaysia sebagai angkasawan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) sebagai sebahagian daripada pembelian pesawat Sukhoi ini. Pesawat ini kemungkinan besar akan ditempatkan di pangkalan baru di TUDM Gong Kedak. Untuk tujuan ini, No. 17 Skuadron dibubarkan dan pesawat Mig-29N yang digunakan dipusatkan di no. 19 Skuadron di Kuantan. No. 17 Skuadron akan dibentuk semula dengan pesawat Sukhoi Su-30MKM di TUDM Gong Kedak.

TUDM juga mempunyai perancangan untuk mendapatkan 4 buah pesawat sistem amaran dan kawalan udara (AWACS) tetapi tiada keputusan yang dibuat berkenaan dengan pembelian ini.

Namun demikian, TUDM telah membuat pengumuman pesanan 4 buah pesawat pengangkut bear jenis A400M dari Airbus Military untuk melengkapkan dan menggantikan sebahagian daripada tugasan pengangkutan yang kini dijalankan oleh pesawat C-130H Hercules. Pesawat-pesawat yang diberikan pertimbangan oleh TUDM termasuk pesawat Saab 2000 AEW&C, pesawat Lockheed P-3 Orion AEW&C, Pesawat Grumman E-2C Hawkeye 2000 AEW&C seperti yang digunakan oleh Singapura, pesawat Boeing B737 AEW&C dan pesawat Embraer EMB-145SA.

Pesawat EMB-145 MPA juga diberikan pertimbangan untuk memenuhi keperluan peronda maritim TUDM, walaupun kini terdapat perbahasan sama ada tanggungan rondaan maritim sepatutnya di jalankan oleh TUDM ataupun oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) .

TUDM pernah mempertimbangkan pembelian 18 buah pesawat F-18E Super Hornet dengan [[Boeing] membeli semula pesawat F-18D yang digunakan oleh TUDM. Sehingga ini, tidak ada pengumuman dibuat mengenai pembelian ini, walaupun Boeing masih melobi pembelian ini.

Rosoboronexport dan AIROD mengumumkan pembekalan 10 buah helikopter Mi-171Sh (Mi-8AMTSh) bernilai AS$120 juta, untuk kegunaan dalam peranan mencari dan menyelamat tempur (CSAR) untuk menyokong penggunaan helikopter Sikorsky S-61A4A Nuri dalam peranan tersebut. Ada kemungkinan pembelian ini akan melibatkan penambahan 39 buah helikopter Mi-171 di masa-masa akan datang.

Pembelian helikopter tempur masih belum diumumkan, walaupun TUDM memberikan pertimbangan pembelian Denel Rooivalk dan juga helikopter Agusta A109 yang dipasangkan senjata. Pada 18 Julai 2006, Timbalan Perdana Menteri Malaysia membuat pengumuman pembelian 8 buah pesawat Aermacchi MB-339CD sebagai tambahan kepada pesawat MB-339A yang kian berumur. Rancangan pembelian pesawat MB-339A dari Tentera Udara Diraja New Zealand dibatalkan.

Pagi ini semperna hari ulangtahun ke 49, Sultan Pahang selaku Kolonel Kehormat TUDM akan membalas tabik hormat perbarisan diPangkalan Udara Subang dan boleh disaksi secara langsung diTV3.

Mei
31

Tiap tahun pada 31 Mei semua warga bumi menjayakan Hari Tanpa Tembakau Sedunia.

Walaupun sejak empat (4) dekad yang lalu gejala-gejala merokok sudah diketahui umum, namun ramai di antara ahli masyarakat masih samar-samar tentang hakikat tersebut. Ini sebahagian besarnya adalah hasil daripada aktiviti-aktiviti industri tembakau yang begitu pesat menonjol keghairahan merokok sebagai satu gaya hidup yang berjaya dan sekaligus dapat menarik banyak langganan di kalangan orang dewasa dan kebelakangan ini anak-anak remaja serta golongan wanita. Akhirnya tabiat merokok menjadi satu perkara yang begitu lumrah di dalam masyarakat kita sehinggalah hari ini.

Sungguhpun dalam jangkamasa yang sama, berbagai bukti saintifik telah dapat dikumpulkan, tetapi ianya tidak tersebar luas untuk mengubah budaya merokok di kalangan masyarakat. Malah para penggubal dasar sendiri tidak menampakkan kesungguhan untuk bertindak mengurangkan tabiat merokok berasaskan kepada bukti-bukti tersebut. Akibatnya pada pertengahan abad ke-20 di negara-negara maju sahaja, produk-produk tembakau telah membunuh lebih daripada 60 juta manusia. Lebih ramai lagi nyawa terkorban jika diambilkira negara membangun yang lain termasuklah negara Malaysia.

(VIDEO)”terima kasih kerana tidak merokok”-PADAH MEROKOK DALAM TOILET

Kecenderungan ini diramalkan akan berterusan tanpa sebarang tindakan yang berkesan diambil. Adalah dianggarkan bahawa dalam masa tiga (3) dekad lagi lebih kurang 10 juta manusia akan mati setiap tahun akibat produk-produk tembakau dan 70% daripada kematian ini berlaku di negara-negara membangun. Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kematian yang sia-sia ini bolehlah dianggap sebagai satu keadaan kecemasan pada peringkat global dan ianya berkehendakkan kepada satu tindakan yang bukan sahaja berkesan tetapi pada kadar yang amat segera sekali.

Ini bermakna tidak seorang pun yang terkecuali dalam mengambil langkah untuk menghentikan budaya merokok ini di kalangan masyarakat. Gandingan bahu di antara individu, organisasi dan masyarakat umumnya amatlah diperlukan sekiranya hasrat untuk mencapai sebuah dunia yang bebas tembakau ingin dijayakan. Sayugia dinyatakan bahawa menangani masalah tembakau bukannya satu perkara yang mudah. Ini memandangkan bahawa industri tembakau itu sendiri mempunyai wang ringgit dan pengaruh yang amat besar kepada banyak kerajaan dan penggubal-penggubal dasar, khususnya di negara-negara membangun. Mereka membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk menaja dan mengiklankan barang-barang jenama tembakau secara terang-terangan dan cuba mendapat satu imej positif daripada aktiviti-aktiviti tersebut. Keadaan ini mengelirukan lagi fahaman umum tentang bahaya merokok. Oleh itu tidak hairanlah misalnya aktiviti sukan di negara ini masih ditaja oleh syarikat-syarikat tembakau dengan hasrat membentuk satu pengaruh bahawa merokok itu sealiran dengan aktiviti-aktiviti bersukan.

Kos akibat merokok kepada masyarakat adalah agak ketara dan memerlukan perhatian daripada semua sektor. Wabak tembakau semestinya merupakan satu masalah kesihatan, malah lebih daripada itu. Satu kajian oleh seorang pakar ekonomi Bank Dunia menganggarkan bahawa pengguna tembakau menyebabkan kerugian global sebanyak US 200 bilion (RM 500 bilion) setahun. Separuh daripada kerugian ini berlaku di negara-negara membangun. Kos ini meliputi perbelanjaan rawatan perubatan untuk penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tembakau secara langsung, ponteng kerja, kerugian akibat kebakaran, pengurangan produktiviti dan juga kehilangan pendapatan akibat daripada hilang upaya.

Terdapat juga kos-kos lain yang agak tinggi, walaupun ianya tidak dapat dipastikan dengan tepat. Namun pembaziran tetap nyata berlaku. Ini termasuklah penurunan kualiti hidup bukan sahaja bagi perokok dan mereka yang terbabit dengan asap rokok secara tidak langsung, tetapi juga kesengsaraan yang dirasakan oleh mereka-mereka yang kehilangan saudara mara dan sahabat handai yang dikasihi. Boleh dikatakan bahawa amat kecil sekali sektor masyarakat yang tidak terjejas akibat daripada tabiat merokok ini.

Sungguhpun begitu, bilangan negara di seluruh dunia yang boleh mengakui bahawa mereka benar-benar mengambil satu tindakan antara sektor dalam menggalakkan kesihatan tidaklah besar. Di sesetengah negara, tidak banyak komunikasi di antara Kementerian Kesihatan dan juga sektor-sektor lain. Meskipun begitu, Kementerian Kesihatan pastinya merupakan tunggak utama dalam menganjur dasar-dasar seperti cukai tembakau yang lebih tinggi dan seharusnya menggalakkan agensi-agensi lain untuk berwaspada tentang bahaya menerima pelaburan lumayan daripada syarikat-syarikat trans-nasional untuk mendapatkan pasaran baru. Parlimen pula perlu mendengar daripada semua pihak tentang pentingnya perundangan mengawal tembakau. Satu pimpinan yang jelas daripada beberapa orang Menteri Kanan boleh merupakan kerangka untuk tindakan antara sektor yang berkesan. Contohnya di Lithuania (sebuah negara yang baru sahaja merdeka dari Rusia dalam tahun 1990an), Kabinet sendiri mengistiharkan bahawa ianya bebas tembakau. Inisiatif seperti ini menghantar satu mesej yang penting tentang kawalan tembakau kepada Parlimen, media dan juga masyarakat awam.

Tindakan kerajaan dalam mengawal tembakau ternyata amat berbeza berbanding dengan tindakan mereka terhadap isu-isu seperti imunisasi. Sebahagian besar daripada belanjawan yang ada dijana hasil daripada merokok menunjukkan bahawa banyak kerajaan tidak mempunyai komitmen secukupnya untuk mengawal hasilan dan pemasaran tembakau melalui strategi berkesan yang sedia ada, contohnya cukai dan pengharaman pengiklanan. Sesetengah kerajaan mungkin tidak mempunyai inisiatif untuk mengawal penggunaan tembakau kerana mereka tidak dinasihati secukupnya tentang akibat buruk, baik daripada segi kesihatan mahupun pembangunan, dalam ekonomi mereka sendiri. Oleh itu, para penyokong kawalan tembakau mesti menentukan bahawa pegawai-pegawai kerajaan sentiasa dimaklumi dan dinasihati tentang dasar kawalan tembakau yang berkesan.

”Funny video commercial – Smoking can damage your health”

Mei
29

 

 —-AL-FATIHAH —-

Tan Sri P. Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria Teuku Nyak Puteh merupakan seorang pelakon, penyanyi, pengarah, pemain muzik dan penulis lagu terkenal di Malaysia dan Singapura.

Beliau telah dilahirkan di Pulau Pinang pada 22 Mac 1929 di pagi Aidil Fitri. Bapanya yang berasal dari Lhokseumawe, Aceh, telah mendirikan rumahtangga dengan Che Mah Hussein pada tahun 1925 di Kubang Buaya, Butterworth.

Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan kemudian ke Sekolah Francis Light. Seterusnya beliau menyambung pelajaran di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.

Bermula dengan bermain ukele, P. Ramlee beralih kepada gitar dan biola di bawah bimbingan Encik Kamaruddin (pemimpin brass band di Penang Free School). Beliau menyertai Orkes Teruna Sekampung dan kemudian Sinaran Bintang Sore. Beliau pernah menjadi juara nyanyian anjuran Radio Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf “P” (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.

Filem pertama lakonan P.Ramlee adalah CHINTA pada tahun 1948. Beliau memegang peranan sebagai penjahat dan nyanyian latar. Kejayaannya terus berkembang dan telah berjaya berlakun di dalam 27 buah filem di antara tahun 1948 hingga 1955. Salah seorang pendorong dan guru P. Ramlee dalam dunia perfileman Melayu adalah Datuk L. Krishnan (Pengarah filem Melayu tahun 50an dan 60an yang terkenal). Gaya lakonan P. Ramlee yang amat berjaya itu adalah hasil inspirasi P. Ramlee daripada dua pelakon terkenal India Selatan iaitu MGR dan Sivaji Ganesan. Filem terakhir lakonan beliau ialah Laksamana Do Re Mi pada tahun 1972 dan lagu dan lirik terakhirnya adalah Ayer Mata Di Kuala Lumpur pada tahun 1973 sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya.

P. Ramlee pernah berkahwin tiga kali. Kali terakhir adalah dengan Salmah Ismail (Saloma) pada 1961.

P. Ramlee telah kembali ke Rahmatullah pada pagi Selasa 29 Mei 1973 ketika berusia 44 tahun dan jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang Kuala Lumpur. Bagi mengenang jasa dan sumbangannya, Allahyarham telah dianugerahkan Bintang Kebesaran Darjah Panglima Setia Mahkota oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1990 yang membawa gelaran Tan Sri. Selain itu rumah terakhir beliau di Jalan Dedap, Setapak telah diubahsuai dan dijadikan sebagai “Pustaka Peringatan P Ramlee” pada tahun 1986. Manakala di tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur namanya turut diabadikan pada sebatang jalan iaitu Jalan P Ramlee (dahulunya Jalan Parry) pada tahun 1982.

FILEM-FILEM

  1. Hassan Penchuri (1955)
  2. Ahmad Albab (1968)
  3. Ali Baba Bujang Lapok (1961)
  4. Aloha (1950)
  5. Anak Bapak (1968)
  6. Anak-ku Sazali (1956)
  7. Anjoran Nasib (1952)
  8. Antara Dua Darjat (1960)
  9. Antara Senyum Dan Tangis (1952)
  10. Bakti (1950)
  11. Bujang Lapok (1957)
  12. Bukan Salah Ibu Mengandung (1969)
  13. Chinta (1948) (Filem pertama)
  14. Dajal Suchi (1965)
  15. Di Belakang Tabir (1969)
  16. Do Re Mi (1966)
  17. Doktor Rushdi (1970)
  18. Enam Jahanam (1969)
  19. Gelora (1970)
  20. Gerimis (1968)
  21. Hang Tuah (1956)
  22. Hujan Panas (1953)
  23. Ibu (1953)
  24. Ibu Mertua Ku (1962)
  25. Jangan Tinggal Daku (1971)
  26. Juwita (1951)
  27. Kanchan Tirana (1969)
  28. Keluarga 69 (1967)
  29. Labu Dan Labi (1962)
  30. Laksemana Do Re Mi (1972) (Filem terakhir)
  31. Love Parade (1963) (Pelakon undangan keluaran Shaw Brothers Hong Kong)
  32. Madu Tiga (1964)
  33. Masam Masam Manis (1965)
  34. Melanchong Ke Tokyo (1964)
  35. Merana (1954)
  36. Miskin (1952)
  37. Musang Berjanggut (1959)
  38. Nasib (1949)
  39. Nasib Do Re Mi (1966)
  40. Nasib Si Labu Labi (1963)
  41. Nilam (1949)
  42. Noor Asmara (1949)
  43. Nujum Pak Belalang (1959)
  44. Pancha Delima (1957)
  45. Panggilan Pulau (1954)
  46. Patah Hati (1952)
  47. Penarek Becha (1955)
  48. Pendekar Bujang Lapok (1959)
  49. Penghidupan (1951)
  50. Perjodohan (1954)
  51. Putus Harapan (1953)
  52. Putus Sudah Kaseh Sayang (1971)
  53. Rachun Dunia (1950)
  54. Ragam P Ramlee & Damaq (1964)
  55. Sabarudin Tukang Kasut (1966)
  56. Se Merah Padi (1956)
  57. Sedarah (1952)
  58. Sejoli (1951)
  59. Seniman Bujang Lapok (1961)
  60. Sarjan Hassan (1958)
  61. Sesudah Suboh (1967)
  62. Siapa Salah (1953)
  63. Sitora Harimau Jadian (1964)
  64. Sumpah Orang Minyak (1958)
  65. Takdir Illahi (1950)
  66. Tiga Abdul (1964)

‘Sahabat Allahyarham TanSri PRamlee Menikah’

Mei
25

HARI INI PAMERAN ORKID ANTARABANGSA

Bila: 25 Mei-3 Jun
Masa: 10 pagi-10 malam
Tempat: Danga Bay, Johor Bahru

Pameran orkid terbesar di rantau ini menarik penyertaan 27 perwakilan daripada 20 negara termasuk negara-negara Asean, Jepun, China dan sejauh New Zealand, Australia, Afrika Selatan dan dari Eropah.

Sehingga 800 jenis orkid bakal dipamerkan di pameran ini yang bermula esok – bertepatan dengan reputasi Johor sebagai pengeluar orkid terbesar di Malaysia. Pameran ini dijangka menarik 300,000 ribu pengunjung.

ESOK PERLANCARAN CITRAWARNA (‘COLOURS OF MALAYSIA) 2007.  

Bila: 26 Mei-10 Jun
Masa: 8.30 malam
Tempat: Dataran Putrajaya 

Antara acara yang akan diadakan ialah perarakan kereta berhias, kebudayaan kaum dimalaysia dan pertunjukan bunga api. Ia akan dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Komplek membeli belah seperti Alamanda, Sg.Wang, Bukit Bintang Plaza, Suria KLCC, Midvalley, Central Market, Menara KL, Saloma Bistro dan Taman Warisan Pertanian Putrajaya akan juga mengadakan pesta makanan, persembahan budaya dan jualan kraft .

LUSA ‘WALK-A-PAYUNG , WALKATHON UNTUK PESAKIT LUPUS (SLE)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada 27 Mei 2007, Persatuan SLE Malaysia (PSLEM), dengan kerjasama Pusat Perkhidmatan DUN Bukit Lanjan, akan menganjurkan acara “Walk-a-Payung”, di mana semua peserta akan membawa payung untuk mengingatkan orang ramai bahawa pesakit SLE perlu mengelak daripada terkena cahaya matahari yang berlebihan. 

Tujuan penganjuran “Walk-a-Payung” adalah untuk:

1.   Mengumpul dana bagi mengadakan forum awam dan forum doktor tentang SLE di seluruh negara, dan untuk penubuhan lebih banyak kumpulan sokongan SLE di seluruh
Malaysia .

2.   Memperingati Hari Lupus Sedunia 2007 (pada 10 Mei yang lalu)dan menyokong seruan seluruh dunia bagi penambahan dana di sektor awam mahupun di sektor swasta bagi kajian kesihatan mengenai SLE, serta program pendidikan bagi pakar kesihatan, pesakit SLE, dan juga orang awam. Tidak ketinggalan juga untuk mendapatkan pengiktirafan bahawa SLE adalah suatu isu kesihatan awam. Payung yang dibawa akan dicetak dengan logo Hari Lupus Sedunia 2007 dan semua peserta digalakkan memakai kemeja T berwarna merah atau hitam, iaitu warna-warna logo PSLEM.

3.      Dicatat dalam Buku Rekod Malaysia sebagai acara “Penyertaan Pejalan Kaki Membawa Payung yang Paling Ramai”.

Penaung acara “Walk-a-Payung”, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan, YB Yong Dai Ying, akan melepaskan peserta pada jam 8.00 pagi di Dewan Serbaguna Bandar Utama di Jalan BU 3/1, Bandar Utama, Petaling Jaya. Acara separuh hari untuk keluarga ini juga akan membekalkan sarapan pagi, beg hadiah, ujian gula darah, ujian tekanan darah, indeks
massa badan, serta ujian kepadatan tulang, semuanya secara percuma. Kami juga menyediakan hadiah bagi pemenang Kuiz SLE, 10 orang yang berjaya mengutip derma terbanyak, dan juga Cabutan Bertuah.

Untuk menyertai acara “Walk-a-Payung” ini, sila dapatkan kad rasmi “Walk-a-Payung” dari PSLEM dan kutip derma sekurang-kurangnya RM50.00. Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun (pada 27 Mei 2007) boleh menyertai acara ini bersama ibubapa mereka, tanpa kad “Walk-a-Payung”. Sila hubungi Persatuan SLE Malaysia di Tel: 03-79577672 atau e-mel: pslem@streamyx.com untuk mendapatkan kad “Walk-a-Payung” dan mulalah mengutip derma daripada keluarga dan rakan anda bagi tujuan kebajikan.

Apakah SLE?
Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Sejarah
Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).
Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

Jenis-jenis Lupus
Discoid Lupus Erythematous (DLE)
* Hanya melibatkan kulit
* Jarang merebak ke organ lain

Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
* Boleh merebak ke organ lain
* Boleh mengakibatkan kematian

Statistik
Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.
Ratio pengidap SLE:
Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang
Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang
Di negara China – 1 dalam 1,000 orang

Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan.

‘Faces of Lupus’


Mei
24

 ‘Laporan TV3′

Hasrat Malaysia memiliki jet pejuang berteknologi tinggi, Sukhoi SU-30 MKM, yang turut dikenali sebagai pesawat pemintas, akan menjadi kenyataan hari ini selepas hampir empat tahun menunggu.

Tepat jam 10 pagi ini (waktu tempatan -IRKUTSK, Russia), dua daripada 18 pesawat ditempah kerajaan membabitkan kos kira-kira AS$900 juta (RM3.4 bilion) akan diserahkan kepada Kementerian Pertahanan di Kilang Sukhoi Irkut Corporation di sini.

Penyerahan akan dilakukan Timbalan Ketua Pengarah Rosoboronexport (agensi kerajaan Russia), Komardin Victor, selaku kontraktor utamanya kepada Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Azizan Ariffin dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Tan Sri Ahmad Latffi Hashim.

Malaysia dan Rosoboronexport menandatangani kontrak untuk perolehan 18 pesawat Sukhoi SU-30 MKM pada Mei 2003. Sebagai timbal balas kontrak itu, Russia akan melatih dan menghantar angkasawan Malaysia yang pertama ke stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).

Jurucakap Tim Projek SU-MKM Luar Negeri, berkata pesawat itu membuka satu dimensi baru dalam bidang pertahanan udara negara.

Katanya, ini kali pertama TUDM akan memiliki sebuah pesawat pelbagai guna, yang boleh beroperasi dalam sebarang persekitaran, cuaca, malam atau siang, selain mampu menjalankan operasi bersendirian walaupun jauh dari pangkalan.

“Pembelian Sukhoi SU-30 MKM sudah lama kita tunggu. Ini disebabkan kita (TUDM) amat memerlukan pesawat lebih moden dan pantas, selain mampu melaksanakan pelbagai bentuk misi ketenteraan sejajar dengan tugas mengawal keselamatan negara melalui udara yang semakin mencabar,” katanya.

Sukhoi SU-30 MKM, dua tempat duduk, dengan harga mencecah RM190 juta sebuah, dianggap antara pesawat pelbagai guna tercanggih di dunia ketika ini, malah keupayaannya setanding pesawat pejuang lain termasuk F-15K, Eurofighter EF-2000 dan Saab Grippen.

Digelar sebagai ‘Pahlawan Udara Sejagat’, kelebihan Sukhoi MKM-30 terletak pada peralatan radarnya, yang menggunakan Sistem Kedudukan Global (GPS), dengan kemampuan mengesan sasaran kapal laut besar pada jarak 400 kilometer dan kapal kecil (120 kilometer) dalam sebarang keadaan cuaca.

Sistem avioniknya yang disifatkan termoden di dunia mampu mengesan 15 sasaran di udara secara serentak, dan boleh menyerang empat daripada jumlah keseluruhan sasarannya.

Pesawat itu turut memiliki skrin kristal cecair (LCD) pelbagai fungsi, dengan imej atau sasaran boleh dipaparkan terus ke cermin depan topi keledar juruterbang dan cermin atas tempat duduknya.

Pesawat ini juga dijangka akan mengambil bahagian di Langkawi Airshow 2007 (LIMA).

‘VIDEO KLIP SU-30 MK’

p/s dulu minat nak masuk TUDM, nak jadi ‘pilot’ boleh jadi kapten……bukan kapten gatal

Mei
23

     Go to fullsize imageImage

AIRASIA Bhd bakal menjimatkan sehingga 20 peratus kos penyelenggaraan pesawatnya setiap tahun dengan menggunakan perkhidmatan ditawarkan syarikat tempatan, Sepang Aircraft Engineering Sdn Bhd (SAE).
Ketua Eksekutifnya, Datuk Tony Fernandes, berkata penjimatan itu membolehkan AirAsia mengekalkan model perniagaannya yang amat mementingkan penjimatan kos bagi memastikan kadar tambangnya kekal murah.
“Dengan adanya perkhidmatan ditawarkan SAE, AirAsia tidak lagi perlu menghantar pesawat ke Singapura bagi tujuan penyelenggaraan.
“Ia akan memberikan penjimatan kos yang ketara kepada syarikat,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis memeterai Memorandum Persetujuan (MoA) antara SAE dan AirAsia bagi SAE menawarkan perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawat (MRO) kepada AirAsia bermula Oktober ini.Pada majlis itu, Tony mewakili AirAsia, manakala SAE diwakili Ketua Eksekutifnya, Syed Budriz Putra.
Ia disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy.
Tony berkata, kira-kira 25 peratus daripada kos keseluruhan operasi AirAsia adalah bagi penyelenggaraan pesawat yang dianggarkan berjumlah kira-kira AS$40 juta setahun.
“Penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan SAE yang beroperasi di Sepang memudahkan AirAsia menghantar pesawat bagi penyelenggaraan berbanding sebelum ini apabila kami perlu menerbangkan pesawat ke Singapura bagi mendapatkan perkhidmatan MRO,” katanya.
Beliau berkata, langkah menggunakan perkhidmatan MRO disediakan syarikat tempatan itu juga akan mengembangkan lagi industri penerbangan negara, sekali gus membantu Malaysia muncul sebagai hab penerbangan serantau.
“Kami berbangga kerana dapat membantu syarikat tempatan bagi perkhidmatan MRO, kerana ia juga dapat membantu Malaysia meningkatkan potensinya menjadi pusat MRO terkemuka di rantau ini,” katanya.
Sementara itu, Syed Budriz berkata, kemudahan MRO milik SAE di tapak seluas 3.2 hektar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang itu sedang dalam pembinaan dan dijangka mula beroperasi 1 Oktober ini.
Beliau berkata, kemudahan bernilai RM60 juta itu akan mempunyai dua hangar yang dapat digunakan bagi tujuan penyelenggaraan pesawat berbadan lebar dan sempit dari jenis Boeing 737, 747 dan 777 serta Airbus A320 dan A330.
Beliau berkata, selain AirAsia, syarikat itu juga sedang dalam proses mendapatkan lebih banyak pelanggan di kalangan syarikat penerbangan tambang murah serantau dan dari India.
“Kami mensasarkan pelanggan di kalangan syarikat penerbangan tambang murah di rantau ini serta India yang banyak menggunakan pesawat jenis Airbus,” katanya.
Buat permulaan, katanya, SAE dijangka beroperasi dengan menggunakan khidmat 250 jurutera MRO tempatan dan luar negara.

 ‘virgin atlantic advert.’

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.